Pages

Thursday, April 28, 2011

Nokia C5-03 atau SE Xperia X8. Mana lebih bagus?

Salam sejahtera pembaca sekalian, untuk makluman para pembaca yang dikasihi serta disanjungi, (chewah, ayat mengampu) handphone aku baru-baru ni dah rosak. Sedih kot! Sudah empat tahun bersama, sejak 2008 lagi aku pakai handphone Sony Ericsson K530i tu tak pernah tukar-tukar handphone, setia kot! Tapi, baru-baru ni dia dah rosak, dah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. (ayat mengundang!).

Buat sementara waktu ni, aku pinjam dulu handphone kawan serumah aku, Hafiz Zainuddin. Mujur dia pengumpul handphone yang tegar, takde lah kebuntuan sangat aku nak cari handphone baru, dah la tengah pokai ni. Terima kasih Hafiz!

Memandangkan mak aku suruh aku survey handphone baru, (yeaahhhhhhh!!!) makanya, aku dengan rasa berbesar hati serta terujanya godek-godek internet tang-tang tu jugak survey mana-mana handphone yang berkenan. Tup-tup, aku dah jumpa!



Nokia C5-03



Sony Ericsson Xperia X8


Sekarang ni aku berkenan dengan dua handphone ni. Sebijik dari nokia, sebijik lagi dari sony ericsson. Kedua-duanya current model. Dua-dua ada wifi, dua-dua touch screen, dua-dua range harga dalam RM 600-700. Cuma yang bezanya camera lens nokia C5-03 5.0 megapixel manakala SE Xperia X8 pulak 3.2 megapixel.

Nampaknya, untuk membuat keputusan ini memang sangat payah sekali. Jadi, aku nak mintak pendapat korang sikit lah, mana satu yang lebih bagus antara dua handphone ni? Mana tahu korang pun pakai handphone kat atas ni kan? Lagi senang untuk aku buat keputusan. Komen korang semua amatlah dihargai!


17 comments:

  1. Law Minat Walkman baik tggu w8..heee

    ReplyDelete
  2. anonymous, tak boleh tunggu2 ni, huhu.. sbb weekend ni nak beli handphone baru da la. haha

    ReplyDelete
  3. saya peminat tegar nokia.pilih nokia.

    ReplyDelete
  4. rizuan, hmmm.. okay2, akan difikirkan :)

    ReplyDelete
  5. bli dua2 trus..huhu..bru puas hti..hehe

    ReplyDelete
  6. Daus: Sgt Setuju dengan komen queen kat atas ni..beli dua2..xnak guna bagi aq satu hahaa

    ReplyDelete
  7. anonymous~huhu...yer lar kn..tk gna yg satu bg pinjam kat kite..kite just nak pinjam tuk tngkap pic...yg best nak pinjam yg 5.0mp tuh ar..huhu

    ReplyDelete
  8. sony ericsson....the better choice...been using s.e since 2001. trust me.

    ReplyDelete
  9. kalu tak selalu wat 3G leh la beli xperia x8...

    ReplyDelete
  10. mmrizal~Yupz..i agree..sony ericsson the better choice...G p sony ni part2 dalam dy mang tahan..berbanding nokia...huhu..tu yg sy uda kaji lar..heheh...n specker sony tak mudah pcah..Nokia bila uda pasang lagu kuat2 jap jerk uda pcah..

    ReplyDelete
  11. thanks for your comments. tu lah, dua2 macam best. nak beli dua2 x mmpu plak, tak ckup bajet. haha

    ReplyDelete
  12. u kate u setia dgn hp kan, so x8 the best choice la.
    beza antara c5, c5 gune symbian,
    x8 gune android 2.1 kot sekarang update, dulu 1.6,
    so android u pakai x akan bosan!
    because every month akan ade apps yang akan masuk dlm android market, then boleh donlod free2 je, da bosan leh buang, pastu donlod apps lain lak,!
    or else u nak yang lagi baru,
    y not u try samsung, galaxy gio, range 700 jugak la
    tp android latest, 2.2, apps yg u donlod akan masuk memori kad, so lagi besa m.kad lg byk games, apps, mcm2 ade.. heehe

    ce tgok ni saye post entry gune hp je!

    http://mesmerising1.blogspot.com/2011/04/post-pertama-menggunakan-blogger-droid.html

    ReplyDelete
  13. wow, panjang lebar u komen, nice info! thanks ;)

    ReplyDelete
  14. nelly, hehe.. sama lah kita, tu sbb 4th pakai hp yg sama je. :)

    ReplyDelete
  15. klu aku tlg pilih ko nk beli kt aku 1 x??kehkehkeh

    ReplyDelete
  16. Mr NS, banyak pulak duit aku kn? hahaha

    ReplyDelete