Pages

Wednesday, May 11, 2011

Selamat tinggal anonymous!



Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik. Baiklah, nampaknya jari-jemari ini semakin rancak untuk menulis. Pertama sekali aku nak mengucapkan terima kasih kepada anonymous kerana beliaulah punca kebelakangan ini aku semakin rancak untuk menulis.


Akibat daripada serangan sang anonymous di dalam beberapa entry sebelum ini, aku terpaksa membuat sedikit perbaharuan di dalam blog ini. Lantak lah orang nak cakap aku ni pengecut ke apa, yang penting aku tak sekecut anonymous yang hanya tahu melemparkan batu kemudian disorok tangannya. Fahamkan peribahasa aku.


Jadi, pembaharuan yang aku terpaksa buat ialah aku buang shoutbox mix dan hanya pembaca yang ada google account sahaja yang boleh menghantarkan komen di dalam blog aku ini. Kepada anonymous, aku berharap janganlah berkecil hati dengan pembaharuan yang aku buat di dalam blog ini.



12 comments: