Saturday, March 5, 2011

Aziz Hazmi mula berubah haluan


Ada tak sesiapa kat sini yang sentiasa mengikuti perkembangan Aziz Hazmi? Sila angkat tangan. Baiklah, untuk entry kali ini aku nak berkongsi sedikit cerita pasal perkembangan terbaru Aziz Hazmi. Chewahh, dah macam reporter Berita Hairan la pulok! eh silap, Berita Harian la pulok!

Seperti yang kita semua telah sedia maklum, Aziz Hazmi sudah pun menulis blog di wordpress selama dua (2) tahun. Satu jangka masa yang agak lama. Namun, baru-baru ini Aziz Hazmi telah pun memutuskan untuk berhenti dari menulis blog di wordpress. Baiklah, ini adalah merupakan kata-kata Aziz Hazmi di dalam wordpress beliau.

"Seperti hidup, ada ketikanya kita ke depan dan ada masanya kita mundur ke belakang. Jadi, saya ‘beralih angin’ sebentar mencari haluan dan mengikuti perkembangan serta peredaran masa. Ampunkan saya."

"Tidak sesekali saya melupakan apa yang telah saya miliki disini, inilah tempatnya dimana saya meletakkan foundation atau asasnya untuk saya menerima ilmu dalam penghasilan pembinaan blog. 2 tahun, kematangan dalam menulis terus mengajar erti bertutur dan menulis itu tidak sama apabila keletak keletuk papan kekunci ini ditekan. Teruskanlah menyokong saya walaupun di blogspot."

Jadi, korang jangan risau, walaupun Aziz Hazmi sudah tidak lagi menulis blog di wordpress, namun korang masih berpeluang untuk membaca penulisan Aziz Hazmi ini di blogspot pulak.

Kenapa agaknya Aziz Hazmi memilih blogspot? Seperti yang dinyatakan oleh Aziz Hazmi di blogspot beliau:

"Disebabkan rata-rata pembaca saya adalah daripada golongan Blogspot, maka dengan itu saya merasakan ini adalah langkah wajar untuk saya bertukar angin. Ada juga meminta untuk saya follow mereka, namun sekiranya anda tahu golongan Wordpress tidak bergaul dengan baik dengan golongan Blogspot. So dalam hal ini, saya tidak boleh untuk follow anda."

"Kini dengan kuasa yang ada pada Blogspot, InsyaAllah dengan mudah saya boleh follow kalian dengan rasa senang hati. Jadi mari kita berjabat tangan."

Jadi kepada korang yang masih belum follow serta membaca blogspot kepunyaan Aziz Hazmi ini lagi, di sini aku ada sertakan blogspot beliau

http://azizhazmipage.blogspot.com/


To Aziz Hazmi, Welcome to blogspot! Kami rakan-rakan blogger sangat mengalu-alukan kehadiran anda!!! *sorak



4 comments:

::saya acu TEDI :: said...

AH buat entri to AH :)

Askrie Hishamuddin said...

@saya acu TEDI, haha.. kaaannn? ade chemistry antara kami! chewahhh :)

✿AiNnA✿ said...

haha..sweet! suke apabile AH tuka g blogspot.. :)

Askrie Hishamuddin said...

@ainna, hehe :) tau xpe!