Tuesday, January 31, 2012

Tanda-tanda kecil kiamat telah lengkap!

Assalamualaikum.

Tadi semasa aku sedang aktif bersosial di facebook, tiba-tiba aku ada terperasan dengan satu gambar yang kawan aku share di news feed. Dengan semangat yang penuh berkobar-kobar aku terus klik gambar tersebut.


Ada yang setuju dan tak kurang juga ada yang tak setuju. Tapi, walau macam mana sekalipun hari kiamat tetap akan berlaku. Cuma kita je yang tak tahu bila ianya akan terjadi. Entah esok ke lusa ke tahun depan ke dua puluh tahun akan datang ke.

Jadi, kita sebagai hambaNya, kenalah sentiasa beringat-ingat dan tunaikan perintah Dia selama mana kita hidup di muka bumi Allah ni. Pintu taubat masih lagi terbuka untuk kita. Jadi, bertaubatlah sebelum terlambat. (ada gaya-gaya macam imam muda tak?) KLIK SINI!!!

Wallahualam.

Monday, January 30, 2012

Tabiat.

Assalamualaikum.

Ramai jugak yang tanya aku kenapa dah jarang update blog sekarang ni?

Untuk pengetahuan semua pembaca yang dikasihi lagi disayangi, aku mempunyai satu tabiat yang sangat susah untuk dibuang sejak azali lagi iaitu suka menangguhkan kerja. Jadi, semua kerja akan tergendala begitu sahaja.

Macam tu jugak dengan blog ni. Sebenarnya aku ada banyak jugak story morry yang nak dikongsikan bersama-sama dengan uolsss!! Tapi nak buat macam mana kan. Kalau dah nama pun Askrie Hishamuddin tu memang cerita dia tak ada story morry la kan nak dikongsikan bersama gara-gara suka sangat menulis entri sekerat jalan.

Mula-mula je la semangat bukan main berkobar-kobar nak menulis entri baru, tapi bila dah start masuk isi, mula lah jadi malas. Tambah-tambah bila dah blank tak tahu tahu nak tulis apa. Last-last, save kat dalam draft je. Habis semua jadi tergendala.

Jadi, aku mintak maaf sangat-sangat kat korang semua yang beria-ia tunggu aku untuk update entri baru tapi hareeeemmmm.

Aku akan sedaya upaya mengembling sepenuh tenaga (terel tak pengunaan tatabahasa aku?) untuk memastikan blog ini akan sentiasa berupdate dan cuba untuk membuang jauh-jauh sikap suka menangguh kerja tu.

p/s: Tahniah M.Nasir, Budi Hekayat dan Hafiz AF kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 26. Begitulah awan nano nano nano nano. I am really touched. Tiba-tiba sebak. Rindu kat arwah ayah. AL-FATIHAH

Saturday, January 28, 2012

Undi lah saya!

Assalamualaikum.

Korang tahu pasal World Bloggers and Social Media Awards 2012? Untuk pengetahuan korang aku dicalonkan dalam kategori Upcoming Blogger Of the Year dalam World Bloggers and Social Media Awards 2012. Jadi, aku harap dan terus berharap kepada korang semua yang sedang membaca atau yang tak sengaja membaca blog ini untuk ramai-ramai mengundi

himynameisasri.blogspot.com.


Cara-cara mengundi mudah je tapi tak semudah juga yang disangka.


Mula-mula korang harus ke laman web ini


Korang akan nampak blog aku tercalon disitu (bangganya tittewww!)


Tapi sebelum korang mula mengundi korang harus sign up dulu.

Lepas tekan button sign up tu dia akan keluar macam ni.

Korang isi je form ni ikut suka hati korang. Bukan susah sangat pun. Tak sampai lima minit pun, lepas tu tekan submit!

Lepas korang submit, korang bukak email korang untuk verified email.

Lepas tu, korang confirmkan account korang dengan menekan link tersebut

Lepas tu, apa lagi yang korang nak kena buat?

VOTE laaaaaaaaaa!!!!!!

Tapi nak vote siapa?

VOTE for himynameisasri.blogspot.com/

Upcoming blogger of the year!


Terima kasih.



Wednesday, January 25, 2012

Anda bertanya Ustaz Azhar Idrus menjawab berkenaan permasalahan semasa!

sumber: facebook

Dengar cerita buku Ustaz Azhar Idrus ni dah sold out. Sedihnya... KLIK SINI dan KLIK SINI

Tuesday, January 24, 2012

World Bloggers And Social Media Awards 2012!

Assalamualaikum!


Buat pertama kalinya blog himynameisasri.blogspot.com dicalonkan dalam kategori Upcoming Blogger of the Year! untuk World Bloggers and Social Media Awards 2012 yang akan berlangsung di Putra World Trade Centre pada 16th Februari 2012.

Kalau korang rasa blog aku layak menang dalam kategori Upcoming Blogger of the Year! korang boleh mengundi di laman web http://socialmediaweek.com.my/

Cara-cara mengundi senang je. Ikut saja arahan yang diberikan. Jasa baik korang semua yang sudi mengundi blog Askrie Hishamuddin sangat dihargai.

Terima kasih!

Monday, January 23, 2012

Pesanan arwah ayah ketika masih hidup.

Asslamualaikum

Pada entri kali ini aku nak berkongsi sikit dengan korang tentang pesanan-pesanan arwah ayah aku ketika beliau masih hidup. Sebelum arwah ayah pergi, banyak dia berpesan pada aku dan adik-beradik aku yang lain. Antara nasihat arwah ayah yang sering kali keluar dari mulut allahyarham ialah:

1. Solat jangan tinggal.

2. Berbelanja tu jimat-jimat sikit.

3. Jangan menyombong dengan orang lain.

4. Cari sahabat bukan kawan.

5. Jangan selalu tidur lewat.

6. Jangan selalu keluar lewat malam.

7. Jangan sesekali meninggikan suara dengan emak.

8. Selalu berzikir kepada Allah.

9. Jangan mudah lupa dan meninggi diri.

10. Sentiasa jaga nama baik dan maruah keluarga.

11. Jangan keras kepala.

12. Jangan merendah-rendahkan kemampuan orang lain.

InsyaAllah ayah, Angah (panggilan aku dalam keluarga) akan sentiasa ingat semua pesanan-pesanan ayah. Semoga ayah tenang di sana dan dicucuri rahmat oleh Allah serta ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin

AL-FATIHAH

p/s: Selamat Tahun Baru Cina. Jangan lupa KLIK SINI!


Sunday, January 22, 2012

Terima kasih. Insyaallah. Amin.















Di kesempatan ini jugak, aku ingin mengucapkan takziah kepada one of my beloved friend, Fendy atas pemergian abang yang tercinta pada hari yang sama. Semoga anda tabah menerima qada' dan qadar dari Allah s.w.t.

p/s: jangan lupa untuk KLIK SINI!

Saturday, January 21, 2012

Sedekahkan Al-fatihah kepada arwah ayah saya. Amin

Assalamualaikum, salam sejahtera. Aku mohon maaf sebab lama tak update blog ni. Untuk pengetahuan semua, arwah ayah aku telah kembali ke rahmatullah pada hari Rabu yang lalu, 18 Januari 2012. Arwah ayah aku telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.40 pagi akibat respiratory failure di Hospital Kuala Kangsar.

Alhamdulillah, jenazah selamat dikebumikan selepas solat asar pada hari yang sama. Walaupun ayah pergi tapi aku berasa sangat puas sebab aku berada disamping ayah dari mula-mula arwah ayah tenat pada 31 Disember 2011 sehingga 18 Januari 2012. Emak, kembar dan aku yang menjaga arwah ayah ketika di hospital sampai saat-saat dia menghembuskan nafas terakhir. Aku rasa sangat puas.

Di kesempatan ini jugak aku ingin memohon maaf sebab aku tak dapat nak reply text kawan-kawan dan tak dapat nak jawab phone call pada hari kejadian. Harap semua faham situasi aku. Aku jugak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan serta saudara-mara yang datang ke rumah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah ayah aku.

Kepada pembaca blog sekalian yang baru sahaja mengetahui hal ini, aku harap korang dapat sama-sama sedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah ayah. Semoga arwah ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin

p/s: jangan lupa untuk KLIK SINI dan KLIK SINI


Monday, January 16, 2012

Away for a few days!

Makluman kepada semua peminat blog Askrie Hishamuddin (bajet retiss letteww!)

Kemungkinan besar blog ini tidak akan berupdate for a few days. Aku dan kembar aku telah ditugaskan oleh bonda tercinta untuk menjaga ayah aku di hospital selama beberapa hari sampai ayah aku discaj. Jadi, dikesempatan ini aku berharap agar korang semua dapat berdoa kepada ayah aku yang sekarang berada di hospital supaya beliau cepat pulih dan sembuh.

Well, dekat hospital mana ada line wifi untuk aku update blog dan jugak online facebook. Jadi, aku terpaksa berkorban demi menjaga ayah aku di hospital. Apa salahnya ye dok? Bukannya orang lain, ayah aku jugak. Dialah yang bagi aku makan, minum, pakaian, belajar sampailah sekarang ni. Kalau tak ada dia, tak ada lah aku, tak ada lah blog ni ye dok?

By the way, aku jugak ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca dan kawan-kawan aku, lecturer-lecturer aku yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat di facebook dan jugak di blog ni as well supaya aku bersabar and be strong!

Selama blog ini tidak berupdate, janganlah terus tak baca blog aku ni (nada mintak simpati dan kaki). Okay, sebelum aku mengundur diri jangan lupa untuk klik SINI dan SINI.

Makan & Share Rewards Program!

Know your best food around town!

"One of the Malaysian’s favourite past time is eating and sharing what’s the best place to find good food!

Sekiranya korang merupakan penggemar makanan, sekarang adalah masanya untuk korang berkongsi dengan rakyat Malaysia mengenai makanan yang terbaik di Malaysia.

Caranya mudah, korang cuma perlu ke website OpenRice dan berkongsi dengan semua rakyat Malaysia mengenai makanan yang sedap-sedap dan restoran yang bagus untuk dikunjungi.

Dengan program Makan & Share Reward, food reviews of great quality of your favourite places will be rewarded, and you'll never run out of places to eat.

It’s time to eat and time to share where your favourite local places are. Hop over to Openrice.com, the most comprehensive dining guide that rewards you for your food review!

Jadi, apa tunggu lagi? KLIK SINI

Hadiah-hadiah yang ditawarkan cukup menarik!

Sunday, January 15, 2012

(MUST WATCH!) Iklan yang boleh buat anda menangis!

Tak semua iklan mampu menyampaikan message dengan berkesan. Walaupun hanya berdurasi selama 2.49 minit sahaja, tapi, ianya mampu mengalirkan air mata korang. TAK PERCAYA, TENGOK!


Tolong keringkan air mata aku boleh?

Saturday, January 14, 2012

Dugaan macam-macam Allah bagi. Ya Allah!

Assalamualaikum, kalau boleh aku tak nak tulis benda yang sedih-sedih kat dalam blog ni. Tapi, aku tak tahu dekat mana lagi aku nak luahkan perasaan aku ni. Aku tak nak call kawan-kawan aku semata-mata nak kongsikan cerita pasal keluarga aku. Ye lah, kawan-kawan aku pun ada masalah masing-masing jugak takkan aku nak bebankan diorang dengan masalah aku lagi. Jadi, apa yang aku boleh buat aku tulis di sini. Terpulanglah kalau korang rasa nak baca, silakan. Kalau korang tak suka, aku tak kisah, aku tak marah sebab korang pun ada hak nak baca ataupun tak.

Ayah aku baru sahaja keluar wad Hospital Raja Permaisuri Bainun 4.1.2012 yang lalu. Seminggu dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun sebab strok. Lepas tu, aku, kembar aku dan emak aku jaga ayah aku dekat rumah. Emak aku bekerja, aku dan kembar aku yang jaga. Emak aku balik dari kerja, kami bertiga jaga ayah bersama-sama. Aku tak galakkan adik-adik jaga ayah aku sebab diorang masih bersekolah. Adik aku yang lelaki form 5 tahun ni. Adik aku yang perempuan yang paling bongsu pulak baru masuk tingkatan 1. Adik aku yang perempuan lagi seorang masih lagi belajar di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Lebih kurang seminggu kami jaga ayah, tiba-tiba tengah hari semalam, ayah aku sukar untuk bernafas. Terus kami kejarkan ke Hospital dan petang semalam ayah aku dimasukkan ke dalam wad. Ya Allah, kami sekeluarga semalam dah terlampau buntu memang tak tahu nak buat apa lagi semasa tengok keadaan ayah aku semalam, tercungap-tercungap nafas. Kami hanya mampu membisikkan kalimah 'Lailahaillallah' di telinga ayah.

Malam tadi aku, kembar aku dan emak aku jaga ayah dekat wad di Hospital Kuala Kangsar. Kesian dekat emak aku sebenarnya, siang malam kena bersengkang mata jaga ayah aku. Paling sedih semalam emak aku tak henti-henti menangis semasa ayah aku sukar unuk bernafas. Mujurlah ada jiran-jiran datang ke rumah tengah hari semalam tenangkan emak.

Ya Allah, banyak sungguh dugaan yang Kau berikan kepada keluarga kami Ya Allah. Aku mohon Kau ringankanlah beban terhadap kami Ya Allah. Kau sembuhkanlah ayah aku Ya Allah.

Amin.

Friday, January 13, 2012

Ustaz dan Ustazah jadian!

Pernah tak korang terserempak atau terjumpa atau terlihat atau terbaca tentang ustaz/ustazah jadian? Aku yakin korang semua pernah ternampak atau terjumpa atau terlihat atau terbaca tentang ustaz/ustazah jadian. Kat mana lagi kalau bukan dekat facebook. Oh ye, ada sesiapa yang perasan tak aku tak bagi salam lagi? Assalamualaikum. haha

Okay, sambung. This might be an outdated punya cerita but aku tak kira aku nak tulis jugak pasal ini supaya ramai orang dapat bukak mata, hati dan minda seraya berkata, Damn, this is such a good article! (hiperbola sial) Ya, semua orang tahu cerita pasal Nur Amalina Che Bakri. Dan secara tiba-tiba ramai pulak orang yang bertukar profession sebagai ustaz/ustazah. Rupa-rupanya ramai jugak orang Malaysia yang alim-alim kan? Baru aku tahu.

Ingatkan orang melayu sekarang semuanya dah hanyut. Maklumlah, dekat media terutama akhbar hari-hari ada cerita pasal kes rompak, hari-hari ada cerita pasal kes bunuh, hari-hari ada cerita pasal kes buang anak, hari-hari ada cerita pasal kes rogol, hari-hari ada orang keluar masuk pusat serenti, hari-hari ada keluar masuk pusat pemulihan. Semua tu orang melayu yang beragama ISLAM. Nak aku ulang dua kali ke? Rasanya tak perlu kot.

Aku 100% setuju dengan penulisan blogger ini mengenai ustaz/ustazah jadian di facebook.

Nak tahu apa yang blogger ini tulis. Klik di sini

Thursday, January 12, 2012

Kalaulah korang berada di tempat aku sekarang!

Seriously, aku sangat penat untuk menjawab soalan yang hari-hari sama saja, "ayah macam mana, dah ada apa-apa perubahan belum?" or "How's ur dad?". Kadang-kadang nak je aku cakap, please stop asking me the same question everyday! Aku bukannya apa, i don't feel interested to answer those question sebab keadaan ayah aku masih sama. Still the same. Tak ada apa-apa perubahan pun. Still tak boleh bercakap, still tak boleh duduk, still tak boleh nak makan. Tapi, disebabkan tak nak dipanjangkan cerita, aku just can say Alhamdulillah, dia dah semakin okay or dah ada perubahan sikit-sikit.

Makin ramai orang tanya soalan macam tu, makin aku runsing jadinya sebab dia memang tak ada perubahan langsung so far. I don't know what to do even my mom pun dah terlampau penat layan kerenah ayah. He's like a baby. Kita tak tahu apa yang dia nak malahan lagi teruk dari baby. At least baby boleh menangis and we can expect something what they want rather than my dad we can't expect anything from him sebab dia langsung tak boleh bercakap. Just imagine, nak bukak mulut pun tak boleh (nganga). So now, tell me apa yang kitorang boleh buat kalau dia macam ni? Nak bagi makan? Kita bukan tahu dia lapar ke tak?

Kalau lah korang berada di tempat aku sekarang, aku pun tak tahu apa yang korang akan buat. And aku pun tak tahu sama ada korang sanggup untuk face it or not. Tak tertanggung rasanya beban ni kalau korang bukan jenis orang yang sabar. Serius. Like seriously, I don't know till when keadaan ayah aku will gonna be like this.

Ya Allah, sesungguhnya HambaMu ini tak mampu nak menanggung beban Mu Ya Allah. Ringankanlah beban kami sekeluarga. Puas berdoa siang malam, tapi aku rasa macam sia-sia. This is what I feel.

Wednesday, January 11, 2012

GiveAway kipasSusahMati Yazid Torpedo Blog!

Comel kan? Terima kasih atas lukisan yang comel ini Yazid Torpedo. Walaupun tak terpilih untuk memenangi grand prize tapi tetap jugak dapat hadiah. Sukewwwwnyewww tittewww

Korang hado?

p/s: Aku ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan Happy Birthday kepada Dato' Siti Nurhaliza. Being honest, aku merupakan KipasSusahMati Dato' Siti sejak aku berusia 8 tahun. Sekarang umur aku dah 21 tahun (bulan 9 nanti baru masuk 22 tahun), so korang pandai-pandai sendiri lah congak berapa lama dah aku bergelar sebagai peminat setia Dato' Siti. LOL

Tuesday, January 10, 2012

Adam Adli digantung pengajian tiga semester

PETALING JAYA: Aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Halim telah digantung selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Pelajar itu hadir pada perbicaraan yang dijalankan oleh Jawatankuasa Disiplin UPSI yang bersidang selama 90 minit.

Menurut kenyataan menerusi Twitter daripada Solidariti Mahasiswa, keputusan itu selepas Adam Adli mendengar perbicaraan disiplin selama sejam di universiti.

Solidariti Mahasiswa berkata, satu tindakan akan diambil bagi mencabarkan keputusan itu.

Adam Adli yang berusia 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan pada Isnin atas dakwaan berkenaan dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.

Dakwaan timbul selepas pelajar sarjana muda pendidikan itu menurunkan bendera yang tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejat Umno sewaktu melakukan demonstrasi.

Sementara itu di TANJUNG MALIM, Jawatankuasa Disiplin UPSI telah mengesahkan pengantungan semester selama 18 bulan ke atas pelajar itu.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, lima anggota jawatankuasa tersebut telah mendapati Adam Adli, bersalah atas dua dakwaan – mencemar dan menjejaskan reputasi universiti dan mengancam moral serta ketenteraman awam.

“Pihak jawatankuasa juga mengambil kira bahawa tertuduh sebelum ini turut mempunyai kes disiplin dan dia pernah diberi amaran oleh pihak universiti,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Junaidi juga berkata, Adam Adli disabitkan kesalahan di bawah Kaedah 3 (a) (i) dan (ii),Bahagian II, Tatatertib Am, Kaedah-kaedah UPSI (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999 dan hukuman ke atasnya akan berkuatkuasa bermula Semester II Tahun Pengajian 2011/12 sehingga akhir Semester II 2012/13.

Katanya lagi, Adam Adli boleh membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

“Lembaga Rayuan akan menimbang dan menentukan rayuan tersebut jika dibuat dalam tempoh sebulan," ujarnya.

Sementara itu Adam Adli, yang merupakan pelajar TESL berkata, dia tidak akan membuat rayuan berhubung keputusan untuk mengantungkan pengajiannya itu sebaliknya menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas UPSI.

Katanya, adalah lebih terhormat untuk didapati bersalah dan digantung pengajian selama tiga semester kerana berjuang untuk kebebasan akademik daripada dipenjarakan setahun kerana mengambil rasuah.

sumber: mstar

Komen aku : Tak serik-serik lagi si Adam Adli ni, dah lah kena gantung pengajian selama 3 semester, ada hati pulak tu nak ambil tindakan tegas ke atas UPSI. Tak malu ke? Padahal kat UPSI tu lah tempat dia menuntut ilmu. Kalau dah student tu buat lah cara student. Kalau cakap mak bapak tak ajar sentap pulak pengikut Adam Adli ni. Sorry to say, pelajar kolej swasta tak ada pun nak buat kerja-kerja bodoh macam ni. Memalukan. Macam ni nak jadi bakal cikgu? Jadi pemberontak boleh lah.

Monday, January 9, 2012

Tempahan karikatur dan flash header!

Cuba korang perhatikan flash header blog aku kat atas tu. Comel dan menarik kan? Aku tahu jauh di sudut hati korang terasa untuk memiliki flash header seperti dalam blog aku ni. Uhuk-uhuk (Tolong jangan menidakkannya!) tapi malangnya korang tak berbakat untuk membuat flash header seperti itu. (LOSER!)

Tapi, jangan risau dan gundah gulana sebab sekarang setiap orang pasti boleh memiliki flash header seperti blog aku. (Zaman sekarang tak ada yang tak boleh, tak ada yang mustahil. Percayalah!)

Jadi, sekiranya korang berangan-angan untuk memiliki flash header untuk diabadikan dalam blog korang, caranya mudah sahaja.

Korang boleh melayari blog http://yazidtorpedo.blogspot.com/p/tempahan.html untuk sebarang tempahan sama ada korang nak tempah karikatur atau pun tempah flash header.

Harga? Memang berbaloi dan berpatutan. Percayalah, korang tak akan menyesal bila melihat hasil kerja daripada blogger ini. Sememangnya terbaik!

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke blog http://yazidtorpedo.blogspot.com/p/tempahan.html sekarang!


Sunday, January 8, 2012

Semak keputusan MUET akhir tahun 2011.


Aku ada dengar-dengar rumors mengatakan result MUET akhir tahun 2011 akan keluar pada 12 Januari 2012 ini bermula pada pukul 9 pagi. Boleh check kat website MPM atau nama komersialnya Majlis Peperiksaan Malaysia. Klik sini untuk ke portal MPM.

Korang jugak boleh check result MUET akhir tahun 2011 melalui sms bermula 12 Januari 2012 bermula pada pukul 12.01 pagi. Taip MUET jarak no ic dan hantarkan ke 15888 .So, to all candidates MUET akhir tahun 2011 (termasuk aku), good luck for your result.

Saturday, January 7, 2012

Zikir terapi diri, menenangkan jiwa.


Dengar zikir dari Hafiz Hamidun ni rasa tenang sikit. SubhanaAllah, mengalir air mata mendengarnya. Tersentuh hati dengar kalimah Lailahaillallah, Muhammadurrasulullah.

Friday, January 6, 2012

Majlis Bacaan Yassin untuk ayah


Alhamdulillah, malam tadi seluruh penduduk di kawasan taman perumahan aku ada buat majlis bacaan yassin untuk ayah aku yang sedang terlantar sakit di rumah aku. Tak sangka ada jugak orang yang sanggup berkongsi kepayahan yang ditanggung oleh kami sekeluarga. Makan & minum untuk malam tadi pun semuanya diuruskan oleh penduduk taman perumahan aku. Di samping bacaan yassin tadi, sempat jugak diorang menjenguk keadaan ayah aku yang sedang terlantar sakit disebabkan strok dan brain damage.

Tanpa sokongan semua orang, tanpa kata semangat semua orang, kami sekeluarga pasti akan rasa down, tapi Alhamdulillah, ramai yang bagi kata-kata semangat agar kami sekelurga bersabar menghadapi ujian Allah ini dapatlah menaikkan semangat kami sekeluarga terutama sekali emak aku. Kesian jugak ak tengok emak aku siang malam menjaga ayah aku, siang malam menangis. Tak sanggup aku nak tengok kalau hari-hari mak aku macam tu. Anak mana sanggup tengok ibu dia menderita bukan?

Mujurlah aku dan kembar aku ada menemani menjaga ayah siang dan malam. Ringan jugak sikit beban emak aku. Kalau nak harapkan dua orang adik aku, aku tak yakin, diorang masih bersekolah. Adik aku yang bongsu pun baru je naik tingkatan satu. Kesian dia. Adik aku yang lelaki nak spm tahun ni. Kena fokus belajar. Jadi, kami yang sulung ni lah kena jaga ayah kitorang. Emak aku pun bekerja. Kesian kat dia, ini pun emak aku ambik cuti dua hari semata-mata nak jaga ayah aku jugak.

Tak apa lah, aku yakin dengan sokongan semua orang, doa semua orang sedikit sebanyak dapat membantu ayah aku. Aku pun kena banyak berdoa dan solat. Siapa lagi yang nak mendoakan kesihatan ibu dan ayah kalau bukan seorang anak kan?

Entri ini bukan sekadar unuk aku berkongsi kesedihan aku semata-mata tetapi jadikan ia sebagai pengajaran buat kita semua jugak. Selagi ibu dan ayah kita masih hidup di dunia ini, berbaktilah. Jangan menyesal dan tangisi kalau mereka dah tak ada dalam dunia ini.

Semoga ayah cepat sembuh. Amin

Thursday, January 5, 2012

Tangguh Kemasukan Belajar.

Sepatutnya aku akan mendaftar ke Universiti Kuala Lumpur (UNiKL) pada hari Ahad ini iaitu pada 8. Januari 2012 dalam program Bachelor of Business Administration (Hons) In Islamic Finance. Tapi, memandangkan ayah aku belum sihat lagi sepenuhnya dan perlu dijaga dengan rapi jadi aku mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh kemasukan aku ke UNiKL.

Mana taknya, ayah aku kena bagi makan 6 kali sehari melalui tiub. Mak aku kerja, adik-adik aku yang lain still bersekolah, yang ada kat rumah cuma aku dan kembar aku je. Jadi, terpaksalah kami berdua yang menjaga ayah aku, bancuh susu mengikut sukatan yang doktor ajar, bagi makan ubat melalui tiub. Semua kitorang kena buat sendiri.

Terima kasih sangat yang tak terhingga kepada Atikah Lutfi dan Nur Hazwani sebab sudi tolong aku dalam proses untuk menangguhkan tarikh kemasukan aku ke Unikl.

So, for those yang akan mendaftar ke Unikl Ahad ni, selamat mendaftar buddies! I will be there soon. Please wait for me! LOL.

Aku jugak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan aku serta sesiapa sahaja yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat kepada aku & family dan sudi mengambil berat pasal aku, hantar mesej, hantar wall kat facebook, chat i.m, tanya pasal khabar ayah aku. Terima kasih sangat-sangat.

Tuesday, January 3, 2012

Ayah, cepatlah sembuh! Amin

Entri sebelum ini aku menulis ayah aku sedang terlantar sakit di Hospital Seri Bainun. Maaf. Bukan Seri Bainun tetapi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Awal-awal tahun 2012 dah update benda-benda sedih. Nak buat macam mana, Allah menguji hambaNya bukan kira masa, tempat, dan sebagainya. Kun fayakun. Kalau Dia nak jadi, jadilah. Kita sebagai hamba Nya harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Ini ujian aku dan sekeluarga di awal tahun 2012. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat menerimanya. Ini semua sebab kata-kata semangat dari kawan-kawan aku, keluarga aku yang lain, kawan-kawan ayah dan mak aku. Semua kata-kata semangat tu yang membuatkan kami sekeluarga dapat menerima keadaan ayah yang tenat di wad sekarang.

Alhamdulillah juga lah, keadaan ayah pun semakin hari semakin nampak perubahan walaupun tidak terlalu ketara. Aku harap ayah cepat sembuh, dan kembali pulih seperti sedia kala. Boleh bercakap, boleh bergerak. Semalam masa aku menjaga ayah aku seorang di hospital, ayah aku cuba untuk bercakap tapi tak boleh.

Sesungguhnya aku rindu dengan senyuman ayah, gelak tawa ayah, suara ayah, dan semua tentang ayah.

Sunday, January 1, 2012

Tahun baru 2012 yang suram, penuh dengan dugaan.

Akhir tahun 2011 benar-benar mematangkan serta mencabar aku kerana hujung tahun 2011 ayah aku dimasukkan ke dalam wad di Hospital Seri Bainun, Ipoh disebabkan brain damage dan strok. Keadaan ayah aku teruk, tak boleh bercakap mahupun bergerak serta tidak dapat memberikan respon kepada keadaan sekeliling. Aku tak pasti sama ada ayah aku boleh mendengar atau pun tidak kerana dia tidak memberikan respon ketika aku dan kembar aku memanggil dia semasa terlantar di hospital.

Awal tahun baru 2012, aku dan kembar aku menyambut lembaran tahun baru di hospital kerana kami berdua menjaga ayah aku yang terlantar sakit di sana. Meskipun begitu, aku tetap bersyukur kerana pada tahun 2012, ayah aku masih lagi bersama kami sekeluarga.

Alhamdulillah, keadaan ayah aku pagi tadi semakin baik, boleh juga bergerak sedikit demi sedikit. Aku pun turut rasa terharu sebab ramai kaum keluarga serta sahabat-sahabat aku yang mengambil berat tentang keadaan ayah aku dan sanggup datang melawat ke hospital melihat keadaan ayah aku. Tuhan saja yang dapat membalas jasa kalian.

Tak ada apa yang mampu aku ucapkan selain memohon doa kepada Allah s.w.t supaya ayah aku kembali sihat seperti sedia kali dan cepat sembuh. Amin.