Thursday, July 18, 2013

Puisi Noor Dayana Buat Ashraf Muslim yang menyentuh hati.

Assalamulaikum

Rasanya semua dah tahu pasal kemelut rumah tangga yang terjadi antara Noor Dayana dan Ashraf Muslim kan. Terbaru, Noor Dayana menulis puisi khas buat Ashraf Muslim di laman facebook beliau.

Mari kita sama-sama baca.
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan

No comments: