Saturday, July 20, 2013

Shisha Haram. Ada ke umat Islam yang ambil kisah?

Baru-baru ni fatwa ada keluarkan kenyataan bahawa SHISHA ITU HARAM! Ramai yang melenting, tak puas hati dengan kenyataan tu. Ada yang mempertikaikan kenapa mengharamkan shisha dan sebagainya.




Bagi aku, lantak la. Keluarlah statement apa pun pasal HALAL HARAM ni. Umat Islam zaman sekarang ni mana ada yang kisah pasal hukum agama ni. Okay, bukan semua umat Islam. Tapi KEBANYAKKAN Umat Islam memang tak ambik kisah pun.

Kalau lah betul umat Islam ambil kisah,
Tak akan ada umat Islam yang bersepah dalam kelab malam.
Tak akan ada umat Islam yang bekerja sebagai bar tender dalam kelab malam.
Tak akan ada umat Islam yang bekerja dalam 7 ELEVEN (yang jual arak).
Tak akan ada umat Islam yang berpegang tangan dengan yang bukan muhrim.
Tak akan ada umat Islam yang ditangkap berkhalwat.
Tak akan ada umat Islam yang merempit.
Tak akan ada umat Islam melahirkan anak luar nikah.
Tak akan ada umat Islam yang bekerja sebagai GRO.
Tak akan ada umat Islam bekerja di bank konvensional.

Nak tulis satu-satu memang banyak. Umat Islam sekarang memang tak ambil kisah dan peduli pun pasal hukum hakam agama.

Jadi, bagi yang nak mempersoalkan kenapa haram? kenapa halal? kenapa harus? tak perlu kot rasanya.

Biar Mufti buat kerja Mufti, korang buat kerja korang.

Simple.


3 comments:

sendiriDotNet said...

singgah sat...dari segmen singgah sahur... http://sendiri.net

Myvitrd said...

ada baiknya isap gula2 dari isap ni..

"Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia - www.myvitrd.com"

mama3heroo said...

salam ramadhan # 14..datang dari segmen"
"Singgah Sahur Salam Ukhwah OhBlogger Malaysia