Kejadian banjir kilat yang berlaku di kawasan Lembah Bertam Cameron
Highlands berpunca daripada pelepasan air dari empangan Sultan Abu Bakar
yang terpaksa melepaskan air ekoran paras air yang melimpah secara
mendadak awal pagi tadi.
Berikutan itu berlaku banjir kilat di sekitar kawasan Lembah Bertam yang
telah mengakibatkan 2 kematian.Mangsa yang di jumpai mati merupakan
seorang lelaki warga Bangla berusia 30 tahun dan seorang wanita warga
Indonesia berusia 40 tahun.
Dalam masa yang sama seorang lelaki cina berusia 51 tahun juga di sahkan mati berikutan serangan jantung.
Seorang wanita warga Indonesia berusia 17 tahun di laporkan masih hilang
setakat ini dan seorang lelaki cina berusia 38 tahun mengalami
kecederaan.
Kerosakan harta benda di laporkan sebanyak 80 buah rumah di kawasan
sekitar terlibat manakala 100 buah kenderaan pelbagai jenis turut
mengalami kerosakan akibat kejadian banjir tersebut.
No comments:
Post a Comment