Mungkin korang pernah dengar di media
dimana Allahayraham Saddam Hussein adalah pemimpin yang kejam,
saddam membunuh sebahagian rakyat di negaranya sendiri di era 80 dan
90an. Namum begitu, tidak ramai yang faham mengapa pemimpin negara
tersebut bertindak sebegitu.
Berikutan dari hal tersebut berjuta-juta orang mengecam dan menyumpah
serapah Saddam . Beliau ditahbiskan sebagai seorang pembunuh kejam .
Dua puluh tahun kemudian , terungkap bahawa orang – orang yang dibunuh
oleh Saddam tersebut adalah penganut mazhab Syiah di negerinya . Selama
lebih dari dua dekad , kenyataan itu dilindungi dan disembunyikan oleh
media Barat .
Sejak lama Saddam sudah tahu akan bahaya Syiah .
Di zamannya berbondong-bondong penganut Syiah dari Iran masuk ke
negerinya . Jika hanya sekadar tinggal , mungkin Saddam tidak akan
begitu peduli .
Namun para pengikut mazhab Syiah merosakkan semua tata cara kehidupan
sedia ada di bumi Iraq terutama dengan konsep kahwin mut’ah – yang
memang tak ada bezanya dengan pelacuran.
Saddam juga curiga dengan penduduk Syiah Iraq yang cenderung menyokong
kerajaan Syiah Iran. Saddam yakin mereka tidak akan memperlihatkan
kesetiaan kepada Iraq kerana fahaman mazhab melebihi patriotisme
kenegaraan.
Perang dengan Iran yang selalu Saddam sebut sebagai mewakili dunia sunni
dan arab di Timur Tengah menambahkan curiga Saddam kepada pengikut
Syiah.
Di rantau Timur Tengah sendiri , satu – satunya negara yang menyedari
kehadiran Iran sebagai negara Syiah adalah Iraq . Saddam – memerintah
hampir bersamaan dengan Khomeini pada tahun 1979 dari awal sudah
melihat pengaruh besar Iran ke Iraq dan negara-negara Arab yang lain .
Sejarah juga menunjukkan bahawa Iran adalah antara negara yang kemudian mendesak PBB untuk memerangi Saddam.
Beberapa ulama di Tanah Arab mengambil kesimpulan bahawa Saddam mati dalam keadaan khusnul khatimah.
sumber:taotaoajer.blogspot.com
No comments:
Post a Comment