Tuesday, August 20, 2013

Pemuda UMNO bantah CCRIS - Khairy Jamaluddin

Pemuda Umno menolak cadangan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) ke atas peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.

 http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/resizer/m_khairy_380_290_100.jpg

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebaliknya menggesa Putrajaya supaya menggunakan mekanisma sedia ada untuk mengutip balik semula pinjaman PTPTN.

"Pergerakan Pemuda Umno tidak bersetuju dengan pendirian Kerajaan, yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh.



 "Pada pandangan Pemuda Umno, Kerajaan sepatutnya mengguna pakai segala mekanisme kutipan serta tindakan sedia ada ke atas peminjam-peminjam yang masih berkeras dan tidak mengambil endah tuntutan pembayaran balik yang dikeluarkan," kata Khairy dalam satu kenyataan hari ini.


Menteri Belia dan Sukan itu juga berkata Putrajaya juga perlu menimbangkan situasi semasa peminjam PTPTN.

sumber:  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-umno-bantah-kerajaan-laksana-ccris-terhadap-peminjam-ptptn

1 comment:

Chot said...

Kj ptt keluar dr mesia. Kj xptt ddk mesia sebab xsuka kptsn krjaan..haha