PETALING JAYA: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) tidak akan meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di
bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat jemaah menteri, Rabu.
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy
Jamaluddin menerusi Twitter dan laman Facebook beliau berterima kasih
kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kementerian
terlibat membuat keputusan yang disifatkan sebagai 'mendengar suara
orang muda'.
"Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Alhamdulillah, PTPTN tidak akan
meneruskan cadangan untuk menyenaraikan peminjam di bawah CCRIS. Terima
kasih pada PM & Menteri-menteri Pendidikan kerana mendengar
suara-suara orang muda," katanya.
Pemuda Umno pada Selasa, membantah keputusan kerajaan untuk
menyenaraihitamkan peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman
mereka di bawah CCRIS kerana berpendapat kerajaan sepatutnya menggunakan
mekanisme sedia ada dalam memastikan peminjam PTPTN membayar balik
pinjaman mereka.
Sumber mStar Online
No comments:
Post a Comment