Wednesday, February 15, 2012

Lagu yang tak patut diputarkan di radio.

Assalamualaikum.

Pertama sekali aku tak paksa korang untuk menyokong atau bersetuju dengan pendapat aku berkaitan dengan entri ini. Setiap orang ada minat masing-masing. Jadi, kalau korang tak bersetuju dengan aku korang boleh tekan button 'x' kat tab cepat-cepat. Minat setiap orang tak sama. This blog obviously described everything about me not yours.

Terus terang aku katakan lagu Carta Hati nyanyian Najwa Latif membuatkan aku akan terus tukar ke channel lain. Kalau aku dengar lagu Carta Hati diputarkan di radio, aku akan terus tukar ke frequencies lain tanpa memikirkan perasan orang lain yang turut berada di dalam kereta tersebut dengan penuh rasa tanpa berperikemanusiaan. Lagu yang langsung tak ada bridge, reff, chorus dan mendatar je. Dari mula sampai habis lagu tu nada sama je. Mula-mula aku dengar lagu tu dimainkan di radio i was like huh, what the hell! Tolonglah, banyak lagi lagu yang bagus kat Malaysia ni, kenapa lagu ni yang berulang kali diputarkan di radio tuuuutttt. (terpaksa censored). Aku tak salahkan orang yang minat lagu tu yang membuatkan lagu tu diputarkan berulang kali di radio. Rasa macam tak adil pulak nak salahkan peminat Najwa Latif.

Tapi, aku tetap respect dengan keberanian Najwa Latif untuk mengetengahkan lagu tu di mainstream walaupun dia sendiri tahu atau mungkin tidak tahu bahawa lagu tersebut terlalu mendatar sehingga aku tak dapat nak kenalpasti mana satu dia punya reff, mana satu dia punya bridge dan mana satu dia punya chorus.

Ada ke peminat Najwa Latif kat sini? Oh ya, kalau ada, aku mintak maaf dan hadiahkan lagu Carta Hati dari Najwa Latif untuk tatapan korang sebagai penyejuk hati. Assalamualaikum.


p/s: Good Luck for your SPM Najwa Latif.

5 comments:

AZRI said...

wink wink

Unknown said...

setuju.tapi lagu kosong dia ada nampak sedikit kelainan.

Izzah Nadiah said...

i pun tak suka lagu itu... =)

nur amalina athman said...

lagu Bawaku Pergi- kaka ft zizan..ni lagi satu lagu yang musicnya okay, tapi lirik agak kurang bagus..

Askrie Hishamuddin said...

azri johan, kenapa wink wink? hehe

rozuan ismail, i setuju!

izzah nadiah, give me five!

nur amalina athman, betul2