Assalamualaikum!
Perkara biasa yang akan aku lakukan selepas bangun pagi/tengahari ialah online facebook dulu. Lepas tu barulah sibuk nak mandi, breakfast/lunch dan sebagainya. Check-check notifications kat facebook tetiba aku baca wall post dari member aku.
Terkesima kejap dibuatnya. Apa lagi, aku terus call member aku untuk mendapatkan confirmation gitteww! Dah dapat je confirmation daripada member aku, aku terus pegi ke kedai buku berdekatan. Sampai je kat kedai buku tu, aku terus jerit kat tauke kedai buku tu, "InTrend bulan Jun dah keluar ke belum?!!".
Tauke kedai buku tu dengan pantasnya melemparkan buku InTrend cover depan Siti Saleha ke arah aku dan dengan pantasnya aku membelek-belek buku InTrend tersebut hingga ke halaman muka surat 130.
Arghhhhhhhh!!! Aku menjerit (dalam hati). Dengan pantasnya jugak aku terus mencampakkan duit kat tauke kedai buku tersebut. Ambik kau! Aku tipu je tu. Disebabkan aku ni ada narcissism maka haruslah aku crop gambar yang ada tulis pasal blog aku je haha.
Agak terharu jugak bila baca komen dari penulis InTrend mengenai blog aku ni. Tak tahu la ikhlas ke tak kan. Yang penting, kau adoo?? LOL. Belagak la pulak padahal kecik je pun. Sekadar nak memenuhi ruangan kosong je aku rasa.
Maklumlah, blog aku ni memang takde kene mengena langsung pasal dunia K-Pop. Aku pun tak minat sangat dengan K-Pop apatah lagi nak layan drama Korea. Aku cuma kenal Super Junior dengan Girls Generations je padahal.
Walau apapun, terima kasih InTrend sebab sudi selitkan blog aku dalam majalah yang vogie the vast tu!
So, kepada anda semua yang membaca entri ni, jangan lupa untuk dapatkan majalah InTrend keluaran Jun 2012 di pasaran. Harganya cuma RM7.50 je. sob2. Secara jujurnya ini adalah merupakan kali pertama aku beli majalah InTrend, itu pun sebab blog aku masuk magazine. Winkwink.
Sekian,Bye!