Thursday, May 19, 2011

Keuntungan jualan sebanyak RM 3000


Mood aku sekarang ni sebenarnya tak sabar nak bercuti semester. Pelajar-pelajar lain dah mula berseronok-seronok dah bercuti jumpa family, berborak-borak, bergurau-senda, bergelak-ketawa dengan family masing-masing. Aku masih berada di Sri Iskandar terkontang-kanting dengan kawan-kawan aku yang lain. Dengan duit tak berapa nak ada, hidup segan mati tak mahu. Sedih pulak bila difikirkan nasib malang yang menimpa diri aku ni.

Bukan itu sahaja, malah aku tak sabar nak menghabiskan study aku akhir tahun ni. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambaMu yang lemah ini. Ceh, baru nak ingat Tuhan. Biasalah, time susah baru nak ingat Tuhan, bila senang tahu nak enjoy je. Senyum sorang-sorang nampak. Aku tahu, korang pun lebih kurang je, 2x5 kan? Hehe...

Plan waktu cuti? Takde masa untuk bangun lewat 2,3 petang sebab waktu cuti ni aku kena bertungkus-lumus mencari supplier untuk subjek semester depan iaitu Sales Planning & Operation (SPO). Mana lah aku nak cari supplier yang murah-murah ni? Nak kena achieve profit RM3000 dalam masa dua bulan. Nak menangis rasanya.

Btw, kalau korang ada jumpa takpun kenal mana-mana supplier tak kira lah supplier handbag ke, baju kurung ke, shawl ke, perfume ke, handphone ke yang murah-murah, sila tinggalkan komen korang di sini ataupun tinggalkan maklumat kat e-mail aku di mohd_asri90@yahoo.com. Kerjasama korang amatlah aku hargai.

Baiklah, entri pada kali ini aku tinggalkan kat korang persembahan kumpulan Khalifah sewaktu Konsert di Kolej aku (KPMSI) yang lepas.



Ada banyak lagi video persembahan Khalifah sewaktu Konsert pada malam itu. More videos at http://www.youtube.com/user/akugglah


5 comments:

Addien said...

salam ziarah dari WADi...wah banyak nak cari tuu Askrie..RM3000..huhu
ni sri iskandar??stdnt UiTM ker??

Amalan Kita Diterima @ Tidak??

ayu cheese cake said...

KPMSI ke ? hehee :) ayu KPMBP. Anyway ayu da cuti sem dah. HEAVEN gilaa OUH !

Askrie Hishamuddin said...

saudara ad-Din, bukan uitm. tapi kpm stands for kolej profesional MARA. Saya ambil course business (marketing)

ayu, really? omgggg, jelesnye!

peNulis SeNjA said...

OMG .. huhuhuhu

Askrie Hishamuddin said...

wan mohd sakin. kenapa nak OMG pulak? haha