Thursday, January 27, 2011

8 Tips menulis blog dengan baik!

Baiklah, entry pada kali ini aku nak kongsi sikit tips-tips menulis blog dengan baik. Especially ditujukan khas kepada korang yang baru sahaja buat blog ni dan jugak kepada korang yang teringin nak buat blog tapi tak tahu macam mana skills untuk menulis supaya ada orang yang berminat untuk membaca blog korang ataupun dalam erti kata yang lain yang nakkan blog korang menjadi perhatian.

ececeh, alahai mamat ni, poyo je nak ajar tips-tips menulis blog pulak. padahal tak sampai dua bulan pun blogging! baru je kenal dunia blog ni, dah nak tunjuk hebat ajar tips-tips menulis blog. Mungkin ada di antara korang yang akan beranggapan sedemikian rupa kan? Takpe, aku tak kisah. Aku menulis bukan kerna nama. tetiba lagu ramli sarip.

Tips 1
Korang kena alert dengan isu-isu semasa. Tak kiralah isu semasa tentang hiburan ke, politik ke, sukan ke, korang kena peka. Kalau minat korang lebih cenderung kepada hiburan, jadi korang kena ikuti perkembangan pasal dunia hiburan. Begitu jugak dengan dunia politik, sukan dan sebagainya. Kenapa kena alert? Sebab kalau korang nak menulis apa-apa yang berkaitan dengan hiburan misalnya, korang kena tulis update terkini. Takkan lah tetiba entry hari ini korang tulis pasal Sudirman meninggal, padahal dah bertahun-tahun Allayarham meninggalkan kita. Al-Fatihah.

Tips 2
Dapatkan confirmation ataupun fakta yang betul ataupun dalam erti kata yang lain sila buat research dahulu sebelum post update terbaru. Jangan main taram je ikut sesuka hati korang nak letak fakta sesedap rasa. Pastikan cerita yang korang nak tulis tu dapat daripada sumber-sumber yang sahih. Information mestilah tepat kalau tak pembaca akan hilang kepercayaan kat korang kalau information yang korang bagi salah. Ingat! Pembaca sentiasa ingin mendapatkan info yang betul.

Tips 3
Variasikan genre anda. Variasikan genre di sini bermaksud korang tak boleh fokus dengan satu genre je. Macam tips pertama tadi, walaupun korang lebih cenderung kepada hiburan tak bermakna blog korang perlu menceritakan tentang hiburan sepanjang masa. Orang pun akan rasa muak untuk membaca. Kalau hari ini korang cerita pasal Fasha Sandha putus cinta dengan Jejai, entry berikutnya pulak korang cerita lah pulak pasal Hukum tidak menutup aurat. Ingat, jangan fokus pada genre yang sama sahaja. Walaupun blog korang memang fokus tentang Gosip Artis semata-mata tak salah kalau seminggu sekali korang masukkan sikit genre-genre lain. Ye lah, artis pun bukannya hari-hari ada gosip pasal diorang kan?

Tips 4
Selitkan unsur-unsur humor di dalam penulisan korang. Kalau nak ramai orang membaca blog korang, korang kena selitkan unsur-unsur lawak jenaka sikit. Tak banyak pun sikit pun sudah memadai. Bukannya apa, selalunya orang akan lebih cenderung untuk membaca penulisan yang ada unsur-unsur macam ni. Ingat, orang baca blog korang sebab untuk rehatkan minda bukannya nak menambahkan stress. Kalau orang tu tengah stress lepas tu dia baca blog korang yang ada unsur-unsur humor tu tenanglah sikit jiwa dia. Takde lah meroyan sangat jadinya.

Tips 5
Jangan mudah putus asa. Okay, sifat mudah putus asa ni tolong jangan ada dalam diri masing-masing kalau nak jadi penulis blog yang baik dan disegani. Chewah, ayat nak meletup je kan? Kalau korang ada sikap mudah putus asa ini sila campak jauh-jauh.

Tips 6
Tolong jangan plagiat idea orang lain. Kalau korang nak cepat naik ataupun nak tarik ramai pembaca sekalipun tolonglah jangan sesekali melakukan plagiarism. Idea yang datang dari korang sendiri kan lagi bagus. Once korang dah copy orang lain punya idea dan terkantoi pulak tu, sampai bila-bila orang lain tak akan percaya dengan korang meskipun entry yang seterusnya korang menulis dengan idea yang keluar dari kepala otak korang sendiri. Serius. Orang akan label korang sebagai copycat sampai bila-bila.

Tips 7
Okay, tips yang seterusnya ini sangat cliche, sebab kebanyakkan blogger pun selalu menulis tentang ini. Jangan sesekali menulis entry korang dengan menggunakan ejaan mat-mat rempit serta minah-minah rempit tu ataupun ejaan budak-budak baru nak up. Contohnya, ak rs ak da ml jth cnta nan diew. Ataupun tulisan yang kejap huruf besar kejap huruf kecik contohnya macam ni, My lIfE WoUlD SuCx wItHoUt u!!! It's really annoying. Understand!

Tips 8
Be yourself ataupun dalam bahasa ibunda kita disebut sebagai Jadilah diri-sendiri terutama sekali dari segi gaya penulisan korang. Macam aku, aku lebih selesa menggunakan bahasa rojak macam ni. Bahasa percakapan harian aku. Ayat yang senang serta mudah untuk difahami oleh semua orang hopefully. Sebabnya, kalau aku guna bahasa yang terlampau baku sampai terpaksa merujuk kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-8, aku rasa tak ramai yang akan membacanya. Serius, aku tak tipu. Ini bukan website tetapi blog. Blog bagi aku perlu ditulis secara santai. So that, orang ramai akan enjoy untuk membacanya dan sekaligus akan wujud readers loyalty di situ.


Baiklah, itu dia sedikit-sebanyak tips yang aku boleh kongsikan dalam entry pada kali ini. Aku harap korang semua boleh ambik sedikit-sebanyak apa yang aku cuba sampaikan di sini dan praktikkan dari semasa ke semasa. omg omg! Ayat aku sastera habis!

24 comments:

AyinAyob said...

tips terbaek dude!

Wan Fakhrul Rin said...

Thanks bro! Byk belajar bnde baru ni.. ;)

Askrie Hishamuddin said...

@ayin, thanks :) hee~~

@wan fakhrul, really?? thanks sudi baca!

izwanyusof said...

jarang update pasal artis sebab tak minat..kalau tulis benda tak minat ni tak best.. hehe.. pendek kata, berblogging dari hati.. perkongsian menarik..

Askrie Hishamuddin said...

@izwanyusof, yup, u're exactly right!! btw, thanks! :)

CECOMEL said...

Beari2 good information :) Tak annoying kan? He3x JAZAKALLAH KHAIR JAZA' ATAS PERKONGSIAN ILMU KAWANKU.

Askrie Hishamuddin said...

@cecomel, haha. nope nope. it's cute LOL! haha.. btw, thanks. mana yang kita boleh kongsi, kita kongsi, hehe :)

Ask said...

Nice entri..
Berguna tuk blogger2 baru n lama =)

Askrie Hishamuddin said...

@Ask, thanks Ask for the compliment! :) hehe

theblabber. said...

:)

Askrie Hishamuddin said...

@theblabber, :D

Mohd Hazim said...

terbaik ah askrie....

Askrie Hishamuddin said...

@hazim, thanks! :)

yana ashalina said...

thumbs up! :)

Askrie Hishamuddin said...

@yana, thanks!

Firdaus Alim said...

Terbaik dari tronoh..eh yeker?
aq pown xtaw hahaha

Askrie Hishamuddin said...

@firdaus, haha. tronoh peginya! agaga.. sri iskandar la wehh.. tronoh pun boleh

Kodet said...

woah , nice tips ... tp skrang aku msih blum mendapat idea untuk entri seterusnya

Askrie Hishamuddin said...

@kodet, thanks! hehe.. ouhh, ye ke??

btw, i love all of ur writings ouh! seriously!

insan biasa........... said...

Terasa diri ni kerdil sangat...terima kasih tips ni amat bererti sangat buat yg baru nak bertatih berblog ni....semoga sentiasa sukses...k...amin...

insan biasa........... said...

Terasa diri ni kerdil sangat...terima kasih tips ni amat bererti sangat buat yg baru nak bertatih berblog ni....semoga sentiasa sukses...k...amin...

WAFFEY said...

huhuh..bagus tips nih.boleh difollow buat senjata nih. :)
well kalau sudi follow la blog saya juga http://kjnks.blogspot.com/

WAFFEY said...

huhuhu..bagus tips nih.boleh di follow buat senjata dlm dunia penulisan blog yg berliku ini.
kalau sudi follow la blog saya ;)
http://kjnks.blogspot.com/

Irfan Amir said...

Tips yang sangat awesomeee! Thanksss!