LONDON - Bintang antarabangsa, Mariah Carey dibayar hampir £1 juta (RM5.4 juta) oleh anak pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah untuk mengadakan persembahan pada satu majlis peribadi.
Majlis berkenaan yang bertempat di sini diadakan untuk menyambut kedatangan tahun baharu 2014.
Carey, 43, berkata, dia
dibayar sebanyak £910,000 (RM4.9 juta) oleh Putera Azim, 31, yang
mengundangnya untuk menyanyikan tiga buah lagu popular termasuk Always Be My Baby pada acara tersebut baru-baru ini.
Penyanyi seksi itu
bersama keluarganya diterbangkan dari Amerika Syarikat (AS) dengan
sebuah jet peribadi dan menginap di hotel mewah milik agensi pelaburan
Brunei, Harlequin Suite.
Hotel berkenaan mengenakan caj penginapan sebanyak £5,000 (RM26,954) untuk satu malam. - Agensi sumber
No comments:
Post a Comment