Tuesday, May 20, 2014

Biodata Siapa Sebenarnya Dyana Sofya!

 (Biodata) Dyana Sofya Calon DAP Pilihan Raya Kecil Teluk Intan
 
Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah
Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, Pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia.
Arena Politik :
Dyana menyertai DAP pada 2012 dan kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan raya umum (PRU) ke-13 lalu. Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13. Ahli politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari Gelang Patah.

TELUK INTAN 17 Mei – Setiusaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, diumumkan sebagai calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan perkara itu berkata, Dyana Sofya merupakan pilihan terbaik untuk parti itu mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan.”Pemilihan Dyana Sofya bertepatan dengan prinsip parti untuk mengetengahkan calon muda, wanita, profesional tanpa mengira batas perkauman,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
BACA SELANJUTNYA  http://my.digestrr.com/p/742sA

No comments: