Sunday, April 17, 2011

Menabung melalui blog

Kalau zaman sebelum teknologi berkembang pesat dulu, kebanyakkan orang menabung dengan mengumpul duit syiling dari sehari ke sehari. Ada yang menabung pakai botol, ada yang menabung pakai gelas, ada yang menabung pakai tupperware dan macam-macam lagi. Itu waktu kecik-kecik dulu la. Umur 7-12 tahun. Bila dah besar sikit, menabung kat tabung haji, bank Islam, Maybank dan macam-macam lagi.

Tapi, apabila teknologi dah berkembang pesat sekarang ni, rasanya macam dah tak releven sangat menabung guna benda alah tu lagi. Melalui teknologi sendiri, kita sudah boleh menabung dengan macam-macam cara antaranya ialah melalui blog.

So, kepada blogger-blogger yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia blog ni, aku syorkan kepada korang untuk menabung melalui blog dengan menggunakan nuffnang. Nuffnang adalah medium terbaik untuk kita menabung melalui alam maya. Kiranya nuffnang ni pun boleh jugak dikategorikan sebagai Bank Simpanan la.Tugas Nuffnang ialah menyimpan duit kita bermula dari RM0 sampai lah RM50 ++, lepas tu depends kat kita sama ada nak check out ataupun terus mengumpul sampai ribu-riban kat dalam account nuffnang tu.

Tapi, harus diingatkan, kalau kita nak kejar traffic yang tinggi atau duit yang kita kumpul semakin hari semakin berlambak kat dalam account nuffnang tu, setiap penulisan kita pun mestilah ada content. Message-message yang berguna untuk disampaikan kepada pembaca. Kalau setakat blog korang balik-balik tulis pasal peribadi je, pasal cinta bertepuk sebelah tangan je, pasal sayang kat boiprend girlprend je siapa yang nak datang baca kan? Pembaca sekarang ni bukannya macam dulu. Pembaca sekarang ni semuanya educated persons. Diorang nak kan "sesuatu" daripada penulis itu. Lagipun menulis blog ni bukannya semata-mata nak kejar duit je, kejar glamour. Kita perlu manfaatkan sebaik-baiknya blog yang kita ada. Kalau niat korang menulis blog sebab nak buat duit, maka cepat-cepat batalkan hasrat korang tu. Banyak lagi kerja lain yang boleh mendatangkan duit serta hasil selain daripada menulis blog.

Bila blog dah maju sikit, dah ramai followers, dah ramai loyal readers, secara tak langsung menerusi blog jugak kita akan mendapat pendapatan tetap. Ye lah, kalau dulu waktu mula-mula tulis blog, follower pun sikit je, loyal reader pun ada la dalam 5,6 orang. Itupun dalam kalangan kawan-kawan kita je, memang la sikit je dapat duit. Boleh la buat menabung sikit-sikit melalui blog. Tapi once bila blog kita dah dikenali, mana tahu daripada mula-mula kita menabung dah boleh buat pendapatan tetap kan.

Tapi, setiap benda yang kita buat mestilah bermula dengan kesabaran. Kalau kita sabar, tuhan pun akan tolong kita. Kan sabar tu separuh daripada iman.



2 comments:

Azhar said...

setuju jugak. tapi selain daripada gaya penulisan dan isi ujahan yang bagus dan berkualiti, promosi juga penting dibuat bagi memperoleh pembaca tetap. :)




Ikuti saya di---

http://azharissue.blogspot.com/

Askrie Hishamuddin said...

@azhar, thanks azhar!