Saturday, January 29, 2011

Pentingnya readers loyalty!!!

sumber : google images


Ada sesetengah blogger yang terlalu mementingkan follower yang ramai, buktinya diorang sanggup blogwalking setiap blog dan tinggalkan pesanan, i follow you, follow me back ataupun lebih parah lagi follow me then i will follow you! oh, tak tahu malu sungguh. Bagi aku, cukuplah sekadar tinggalkan pesanan seperti blogwalking here! jemput ke blog! yes, nampak polite sikit. Jangan ada unsur paksaan, orang pun akan rasa menyampah nak blogwalking dan follow blog korang kalau korang menggunakan kata-kata unsur paksaan macam tu.


Baiklah, bagi aku tak ada gunanya pun kalau kita mempunyai follower yang ramai tapi tak ada readers loyalty. Kononnya, kalau kita mempunyai bilangan follower yang ramai, maka traffic blog kita akan meningkat. Tak semestinya okay. Korang harus ingat, sekarang ni bilangan blogger semakin hari semakin bertambah dari sehari ke sehari macam cendawan yang tumbuh selepas hujan. Betul ke peribahasa yang aku guna ni? HEHE.
Tak semua orang yang akan ingat blog kita kalau diorang pun terpaksa follow blog kita. Diorang akan cuma datang melawat ke blog yang diorang rasa minat untuk membaca sahaja.

Berbalik kepada readers loyalty tadi, readers loyalty di sini bermaksud pembaca yang setia dengan blog korang which means kalau boleh hari-hari diorang nak baca blog korang dan akan mengeluh sekiranya korang tak update post baru. Dari situ, barulah kita boleh andaikan yang blog kita berkualiti, bagus dan diminati oleh pembaca.
Kalau follower je ramai tapi blog korang tak cukup bagus, tak ada gunanya jugak. Sia-sia jelah korang update entry baru hari-hari, sia-sia jelah korang paksa blogger lain untuk follow blog korang, dan sia-sia jelah korang ada blog.

Kalau boleh, kurang-kurangkanlah sikap paksa-memaksa orang untuk follow blog korang tu.
Biar orang follow blog kita atas dasar kerelaan hati diorang which means diorang akan follow kita kalau diorang betul-betul suka akan gaya penulisan kita, cara penyampaian kita dan intipati blog kita.

Takpe, kalau tak ramai orang yang follow blog korang pun, tak kisah asalkan kita mempunyai readers loyalty. Bila ada readers loyalty, hari-hari diorang akan datang blog kita dan mengikuti perkembangan kita.



Jadi, fikir-fikirkanlah!

9 comments:

Blogmerah said...

setuju2..sy pun follow org yg sy nk follow jek...^_^

n@iem88 said...

nice gaya penceritaan

Askrie Hishamuddin said...

@blogmerah, yupyup. i pling x suka kalau ada orang paksa follow blog die padahal blog taklah best mana pun.

@naiem88, thanks!

areripe said...

setuju, tapi aku pun buat gak, hehe!
tapi takla memaksa.
aku cuma tinggalkan link aku lepas comment post depa ja.

Askrie Hishamuddin said...

@areripe, oh, macam tu xpe la, ni tak, paksa orang follow blog! :) kalau tinggalkan link tu memang adat la, tak de pun unsur paksaan di situ.

Yuny Khoo said...

setuju ! sokong 100%.. org kte buat blog tu.. biarlah ikhlas.. :)

Askrie Hishamuddin said...

@yuny, yupp2.. betul tu, ikhlas tu penting, bukannye buat blog sbb nak glamer. huhu

Syafiq Rosli said...

nice entri bro..tuh la..aku pn dah muak..i polo u..polo me back..hehe..

Askrie Hishamuddin said...

@syafiq, thanks! hehe, tau tak pe.