Monday, February 7, 2011

Hentikan plagiarism!!!

Malas sebenarnya nak besar-besarkan tentang isu plagiarism ni. Tapi kalau dah sampai tahap melampau sangat, siapa boleh tahan kan.

Seriously, aku tak kisah kalau korang nak tulis pasal entry yang sama. Tersangatlah dialu-alukan sebab it's your blog, sukahati korang lah nak tulis entry pasal apa pun. Tambah-tambah kalau current issues, haruslah ramai yang akan menulis pasal current issues kan. Sebab masing-masing ada pendapat untuk menyuarakan sesuatu. Eh silap, pendapat untuk menulis sesuatu.

Tapi, tak perlulah sampai content pun nak plagiarised. Even, ayat korang tak sama sebijik dengan aku pun, tapi content korang pulak sebijik sama dengan aku, aku boleh considered it as plagiarism jugak okay.

Masing-masing ada gaya penulisan tersendiri. Korang boleh, jangan cakap tak boleh. Kalau korang tak boleh nak buat content sendiri, lebih baik tak payah tulis entry tu. Senang kan? Banyak lagi benda lain yang korang boleh tulis daripada korang menulis hasil plagiarism penulisan orang lain. Mana identiti korang?

Ingat, Be Yourself! Kunci kejayaan itu. Jadi diri-sendiri kan lebih bagus daripada menjadi orang lain. Baru orang akan ingat kita sampai mati.

*Patutlah blog kau tak ramai followers. Please, ini bukan kali pertama, malahan bukan kali kedua. Dah banyak kali dah aku tengok kau plagiat content aku.

p/s : Kalau ada sesiapa yang terasa, aku mintak maaf. Ingat, lepas ni jangan buat benda macam ni lagi dah. Tak best lah, aku nak baca blog kau pun dah mula rasa menyampah. Serious!

14 comments:

Burungman said...

memang tak habis2 isu ni .. hmmm.. anyway, aku da join hang.. kalau sudi, sila la join bloglist aku ni http://burungman.blogspot.com/2011/02/jom-join-bloglist-burungman.html

aku tak paksa jugak ok.. hehe

Askrie Hishamuddin said...

@nordin, thanks a lot. insyaallah, i will :)

theblabber said...

aku takdelah orang plagiat. tapi, apa yang aku tulis, dia pun nak tulis. camne tu?

agak2, boleh kasi pelempang tak?at least kasilah credit sket.

Askrie Hishamuddin said...

@theblabber, hmmm, boleh jugak! tapi kalau dekat la kalau jauh perli sudah memadai :) haha..

Unknown said...

die plagiat the die cakap tak original entry is actually written by kau? atau die bikin itu entry sendiri saje? kalau die link back kat kau okey lah jugak. kalau die admit tu entry original die. sile lah pegi lempang die. aku sokong!

lini hasnan said...

ish ish ish,,ape kes plagiarism ni? nymapah betul~

antudegil said...

plagiat takkan selesai. the best way to overcome this matter adalah give a credit kepada artikel yang kita nak kongsi.

lagi best nak selesaikan, takyah nak berblog lagi. HARHARHAR!

Askrie Hishamuddin said...

@ayinayub, jangan harap la die nak kasi credit kan? xbgi credit lgsg. dah tu boleh pulak die promote entry baru die suruh aku baca. mmg dasar tak malu betul

@lini hasnan, tau xpe

@antudegil, betul tu, tapi tak boleh la nak tinggal dunia blog.. sayang kot blog ni :) hehe

theblabber said...

bukan semua orang faham perli2 ni bro. kalau cakap depan2 nnt macam mengaibkan pula.

Askrie Hishamuddin said...

@theblabber, betul jugak tu. susah betul kalau orang tak phm bahasa ni :)

Mat Sabu said...

aqukah yang plagiat itu?

Askrie Hishamuddin said...

@daus, takdelahhh. mne ade la. ade la orangnya.. :)

Unknown said...

cit. itu memang mintak kene bakar tu der. gi bakar die lah braii.

Askrie Hishamuddin said...

@ayin, jangan!! kejam sangat tuh! haha :)