Assalamualaikum!
Bengang betul lah aku tengok sinetron Nadanadanada Cinta ni. Bila nak habis? Cilaka banyak sungguh episod.
Okay, kita berbalik kepada topik yang asal iaitu Tips untuk mendapatkan traffic blog tinggi. Kalau entri sebelum ini aku dah bagi dua tips yang berguna iaitu promote blog dan bermain dengan SEO. *Klik di sini*
Rata-rata blogger yang masih baru menulis blog dan baru meletakkan iklan nuffnang di blog mesti selalu beranggapan macam ni kan?
FOLLOWER AKU TAK RAMAI PUN MACAM MANA NAK DAPATKAN TRAFFIC BLOG TINGGI? LAIN LAH KALAU FOLLOWER ADA 1,000. BLOG MACAM AKU NI MEMANG TAK AH NAK DAPAT TRAFFIC TINGGI APATAH LAGI NAK DAPATKAN INCOME DARI NUFFNANG....*sigh*
So, selepas korang baca entri ni, aku harap korang punya mind set dah tukar. Deal? Kalau korang nak tahu masa aku mula-mula dapat cheque nuffnang yang pertama follower aku ketika itu hanya ada 69 followers sahaja. *ulang suara* 69 followers sahaja. *ulang suara lagi* 69 followers sahaja. *okay cukup* Tapi, aku boleh je dapat income dari nuffnang. Ada sesetengah blogger tu follower sampai 1,000++ tapi income tak pernah-pernah dapat.
Percaya lah padaku. Follower sebenarnya tak memberikan apa-apa makna pun. Followers tu hanyalah sekadar nombor sahaja. Tapi hairan jugak kenapa ada blogger yang beria-ia suruh "FOLLOW ME, I'LL HIT YOU BACK!" Jadah apanya nak hit-hit back bagai? haha. Sebab itulah bila ada blogger suruh aku follow balik blog diorang, aku tak follow pun haha. *padan muka* siapa suruh paksa aku follow blog korang? Kalau sekadar follow tapi tak follow-up buat apa?
Yang paling penting ialah loyal readers sebenarnya. Macam mana nak dapatkan loyal readers ni? Ikutlah pada kreativiti masing-masing. Tips aku untuk dapatkan loyal readers ni senang saja. Pastikan setiap entri blog tu berguna dan memberikan manfaat kepada pembaca. Kalau setakat entri pun main acah-acah je ade ke orang nak baca? Tambah-tambah entri syok-sendiri sorang-sorang. *damnit* Lagi satu, pastikan blog tak sarat dengan widget-widget, gunakan bahasa yang mudah difahami, gunakan font yang mudah difahami dan banyak lagi.
Loyal readers ni penting sebab dioranglah antara penyumbang traffic terbanyak dalam blog korang. Setiap kali korang update blog, setiap kali itulah dia akan baca dan komen. Itulah pentingnya loyal readers. *gaya Usop Wilcha*
Nak lagi tips? Kita jumpa dalam next entry. TO BE CONTINUED.....
34 comments:
nada cinta cam cita PUTRI YANG DITUKAR TAKKAN ABIS...CERITA BERBELIT2
betul jugak kan..tq ya =)
nice tips..betul juga tu..tq
Mohd Hazim - tak tengok pun putri yang ditukar tu. pelakon tak femes :P
yang penting jangan nak ada music bagai, bosan doe buat spoil mood jer time nak blogwalking
Zaza Ridzlan - hehe. ur most welcome :)
Nal, thanks :) ur most welcome :)
jal - tau takpe. pantang tu ada music auto kat blog. haha
aku setuju dengan loyal reader.. dan, loyal reader ni la penyebab kita semakin bersemangat untuk menghasilkan entri..
betul2...followers cuma nombor je..kalau takde loyal readers...tak syok jugak kan...huhu~
WAHAHAHAHAHA!
YOU'VE MADE MY DAY..
Mummy suke cara Askrie ni menulis. Spontaneous and kelakor!
Wahahahaha......eleh patot la ada pembaca setia..mesti tak follow pon blog Mummy...follow lah please! Hahaha...
A ah Nada Cinta punya cerita dah MERAPU MEREPEK giler..
Cerita dah berpusing..
Tapi saya suka kalau ramai follower.. hehehe
Boni JJL3 - AGREED! :)
Ezad Skytech - betul tu! :)
Mummy Akmar - hehe. ye ke? terima kasih :)
Myvitrd - haha. kalau follower ramai, income banyak okay la, tapi kalau follower ramai, income pun sikit, buang karan je. haha. sebab bukannya semua follower akan baca entri kita.
ye followers yg ramai x menjamain trafik tinggi hehe
nice tips bro! kdg2 tip basic camni blogger slalu lupa..
http://jmr23.com
Phat - sangat setuju! mmg tak menjamin pun kekadang tu
J.M.R - hehe, kaaann? :)
xsuka xyah la tgk..haha...
tp crta indon ni suka buat suspen, pdhl dorang sj je kot nk tnjk muka lama2.. xphm2....
Trah Zain - adik i suka sangat tengok. die hard fan randy pangalila. biasalah budak pompuan kan. so, i pun terpaksa lah tengok.
http://hazimteritory.blogspot.com/2012/07/sinetron-bosan.html
tanda aq bosan dgn SINETRON DARI INDON!
terbaek meyh..thanks bg info..
sgt berguna bagiku..muehehe
:D
betul2.. memang setuju gila ngan entry ni.. TQ yaw!
Crafty Nieya - thanks. btw, ur most welcome :)
cik yuyu - ur most welcome :)
cik yuyu - ur most welcome :)
Ramadhan Blogwalking by SembangCyber.com
Setuju dengan tips ni. Yalah apa kejadahnya nak paksa2 orang polo blog kan. bukannya depa datang balik pun kalau kita polo blog depa tu.
banyak kali dah kena dengan blogger2 cam ni. tapi memang tak der ar nak polo balikkan. mana taknya, cam ner ar nak polo blog depa. kalau blog pun tak der isi tuk dibaca.
Paling menyampah kalau tajuk gempak isi plak cam hampeh jer. ayat 2-3 baris lepas tu tepek 1 gambar. blog cam tu memang shit...ha3 sorry teremo plak.
By the way salam perkenalan. datang singgah dari segmen promote blog by jal.
Ha ha ha...pandai...slm kenalan dr petuapaje...
nice tips. tq bro..
Salam kunjung..tips yang sangat berguna ..terima kasih ya..nice entry
nice info bro
Post a Comment