Tuesday, June 7, 2011

Blogger guna taktik kotor untuk raih pembaca!


Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik. Title entri sangat penting untuk menarik pembaca untuk datang membaca blog korang. Tapi, janganlah sampai menggunakan taktik kotor seperti menipu pembaca korang dengan title entri tersebut.


Aku perhatikan ramai blogger baru sekarang suka menggunakan taktik kotor ini semata-mata untuk meningkatkan traffic blog. Aku tahu korang nakkan ramai pembaca, tapi gunakan dengan cara yang baik. Jangan guna taktik yang kotor macam tu. Tahu kan menipu tu dosa. hehe. Tiba-tiba jadi ustaz pulak.
Kesian kot kat pembaca. Aku pun selalu je terkena. Kadang-kadang tu ada sampai yang melibatkan kematian pun ada.

Korang tak rasa bersalah ke? Tak rasa macam pendapatan yang korang dapat daripada blog korang tu haram ke? Mula-mula korang menipu pembaca korang, lepas tu dapat pendapatan daripada hasil korang menipu pembaca korang. Bukan ke haram jadinya duit yang korang dapat tu.


Itu takpe lagi, tapi ada jugak blogger yang sampai berbangga dengan hasil daripada title entri dia yang menipu pembaca mendapat analytics yang tinggi.

"Tengok ni, entri semalam yang aku post, ada 30,000 pembaca datang blog aku. HAHAHAHA.. Engkau Terkono!" Sangat tak berperikemanusiaan.

Dah la menipu pembaca, lepas tu, bukan main bongkak lagi tulis kat blog yang korang berjaya memperoleh pembaca seramai itu hasil daripada penipuan korang.
Kepada blogger yang suka sangat buat kerja macam ni, aku harap korang henti-hentikanlah perbuatan keji ini. Kalau korang terus kekalkan perbuatan ni, percayalah cakap aku, korang takkan bertahan lama punya.

7 comments:

waN Mohd Salim said...

ok .. sokong

lini hasnan said...

ish ish ish!

Nurul Ashikin said...

betul juga. kdg2, tajuk entry mmg meletop hbis. last2, entry sje tipo2. kalo skali skali takpe gak, but dh terlalu byk blogger buat cmnie~ adeh~

::blog anak jawer:: said...

tajuk yg selalu org buat yg berunsur lucah...taktik kotor...tapi isi pun hampeh...

-Yok mampir diluk = kenapa kaki judi tak sokong pembangkang...

darxniq said...

x tau nk kate ape...tp ada sesetgh entry...walaupon menipu pembaca...tp still ada isi tersirat dia..

Orang Kampung said...

sokong niq.. hihi

HaNa Hani said...

yeah..betoi2
blogging pakai hati ikhlas
jgn menipu
^_^