Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik. Pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang sudi tagged aku untuk menyertai segmen-segmen, contest-contest yang dianjurkan oleh blogger-blogger di blog diorang. Terima kasih sangat-sangat. Ingat jugak korang kat aku.
Namun, di sini aku ingin meminta maaf kerana aku tak dapat nak menyertai kesemua segmen-segmen serta contest-contest yang dianjurkan oleh blogger-blogger buat masa ini. Bukannya demand. Tapi, buat masa sekarang ini aku perlu fokus pada assignment-assignment yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat ini. Aku ada lagi dua assignment yang perlu diselesaikan sebelum 18.5.2011 ini. Belum masuk lagi kalau aku kena redo assignment. Memang makin busy aku dibuatnya. Harap korang jangan berkecil hati dengan tindakan aku.
Jauh di sudut hati aku, memang nak join semua contest serta segmen yang dianjurkan oleh semua blogger tapi masa tidak terlalu mengizinkan. Aku harap korang faham situasi aku sekarang. Bagi blogger yang sedang menganjurkan contest serta segmen aku mengucapkan sekalung perhargaan Tahniah kerana bukan senang nak buat contest serta segmen di blog ni. Banyak perkara yang perlu diambil kira serta dititik beratkan. Bagi blogger yang menyertai segmen serta contest pulak, aku mengucapkan semoga berjaya dan success selalu!
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment