Sunday, October 13, 2013

Apakah motif sebenar pelajar AF2013 Di ugut bunuh?

Melalui satu sumber, Budiey telah mendapat berita tentang salah seorang pelajar Akademi Fantasia 2013 telah menerima ugutan bunuh. Wow, bunyi macam babak-babak drama je kan? Tapi jangan ingat ini satu gurauan atau gimik sebab apa yang Budiey dapat tahu, produksi AF 2013 telah buat laporan polis tentang hal ini pada hari Sabtu lalu, semalam, 13 Oktober 2013, apabila salah seorang daripada pelajar AF2013 diugut bunuh. Persoalannya sekarang, siapakah pelajar tersebut? Budiey tak dapat pastikan siapa. Sebelum ini, Budiey pernah dengar, Shuhaimi Baba Diugut Bunuh sebab Tanda Putera. Sekarang, kalau pelajar AF2013 pulak diugut bunuh sebab apa?

Budiey dikhabarkan, insiden ini adalah satu isu yang serius dan tidak dipandang mudah bagi Team Produksi AF dan perkara ini dalam siasatan polis sekarang ini. Laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian.

Budiey rasa ianya bukanlah gimik yang biasanya diada-adakan untuk menjadikan program ini hype atau kezutan AF2013. Tapi pastinya, Budiey rasa ianya satu berita tergempar pada petang Ahad ini untuk penonton dan pengikut setia program realiti ini.

Apa-apa pun kita tunggu sahaja siasatan dibuat oleh polis. Jadi, persoalan yang masih timbul sekarang ini, siapa yang buat ugutan dan siapakah pelajar AF2013 yang telah diancam atau diugut bunuh tu? Kenapa dia diugut bunuh? Macam-macam persoalan menerjah fikiran anda sekarang ni kan? Budiey rasa, soalan-soalan ini akan ditanya oleh wartawan bertauliah sejurus selepas Konsert Akademi Fantasia pada malam ini.

Korang dapat apa-apa info tak?

sumber: Budiey.com

No comments: