Tuesday, February 8, 2011

Kesian pun ada, serba salah dibuatnya!!!

Nampaknya dah terlalu banyak blog yang aku follow sepanjang aku berada di dalam dunia blogging ni rupanya (padahal baru 3 bulan je). Tapi masalahnya tak semua blog yang aku follow tu semuanya aku baca dan aku ikuti perkembangan diorang.

Fyi, tak sampai separuh pun blog yang aku follow tu yang betul-betul aku baca. Kadang-kadang tu ada jugak terfikir, kenapalah aku ni bengap sangat gatal tangan pergi follow blog diorang ni kan? Hakikatnya memang bengap pun. Padan muka aku.


Kadang-kadang jugak aku ada terfikir untuk unfollow je blog-blog yang aku follow tapi tak pernah baca tu, tapi tak sampai hati la pulak kan. Kesian pun ada. Tapi kalau dah tak mendatangkan apa-apa faedah untuk aku buat apa aku perapkan blog-blog yang aku follow tu kat dalam dashboard aku kan?
Itulah, ikutkan sangat dengan kata-kata "I follow you, follow me back" tu dulu. Kan sekarang siapa yang susah? Aku jugak... Sedihkan?

Tapi itu dululah, waktu aku mula-mula kenal dunia blog ni, bukan main lagi kononnya kalau follower banyak traffic pun meningkat. Padahal non hada! Lagipun, aku buat semua tu dulu sebab utamanya nak menjaga hati diorang lah, kononnya nak membalas budi sebab diorang follow blog aku, so, aku pun kenalah follow blog diorang pulak. Cis.
Give and take, kononnya.

Fortunately, sekarang ni bila aku dah tersedar dari lamunan, chewahhh, ayat! jadi aku akan cuma follow blog yang betul-betul memikat hati aku sahaja.
Bukan main taram je follow blog orang sesuka hati dan tidak lagi termakan dengan kata-kata "I follow you, follow me back" lagi tu dah.

So, persoalannya sekarang ini ialah apa yang harus aku lakukan? Unfollow ataupun biarkan saja blog-blog yang aku follow tapi tak pernah baca tu terperap sahaja kat dalam dashboard aku ni?

13 comments:

Burungman said...

tidak perlu unfollow.. sbb kita follow org tu, sbgai salah satu cara utk kita menaikkan smgt org tu.. bygkan time kita baru start dulu pun, ada org yg byk follower tetap follow kita.. mesti rasa down kan klu tetiba time tu dia unfollow balik? hehe

sekadar pandangan peribadi :)

Askrie Hishamuddin said...

@nordin, betul jugak tu. lagipun kalau unfollow bnayak keja pulak nak kena buat kan? huhu :) btw, thanks!

Dzu Aamal said...

wahaha. bese la tu..

Askrie Hishamuddin said...

@cik ladies, emm.. kan kan? hukhuk

Imran nyambek said...

sabar jelah.

ch!natsu said...

btol kata nordin tuh..

btw, if ada ms, jenguk2la diorg..
sehari satu blog pun ok wut? =)

azzey said...

Apa kata klu selang selikan bc n3 sume blog2 yg awak follow tu. at least tak delah awak x jengah langsung. klu nak jengah sume blog dlm sehari mg le mustahil...x sempat..

Askrie Hishamuddin said...

@imran, ya ya, sabar separuh daripada iman kan? hehe

@chinatsu, insyaallah

@azzey, insyaallah, i will :)

Fara Farhana ™ said...

biar jela.ta payah la unfollow.macam kejam sangat pulak kan..

:)

Unknown said...

cis. ni tak sedap hati ni. mesti aku salah satu yang kau nak unfollow and kau tak bace kann. sadis bhaii :'(

Askrie Hishamuddin said...

@fara farhana, itulah pasal, hehehe.. kesian kesian.

@ayinayob, eh, tak cakp pun, xbaik la buat anggapan sedemikian rupa. haha

theblabber said...

you totally wrong if u think all those 292 followers read your blog. i myself who didnt follow kau pun leh baca blog kau, in fact komen.

you wrong too when you think the more follower you have, the better the blogger is.

oh i really miss those 4-5 years back world of blogging ni *sigh*

Askrie Hishamuddin said...

@theblabber, panjang lebar gila. btw, thanks! hehe :)btw, itu dulu, sewaktu mula-mula i've started blogging. but now, i'm not think like that anymore.