Sunday, April 24, 2011

Serba salah, idk what to do!

Kalau korang pembaca setia blog aku ni, korang mesti tahu yang hari ni sepatutnya aku akan menjadi pengacara konsert Jinbara & AXL'S malam ini di kolej. Tapi memandangkan assignments belum lagi disiapkan, aku rasa aku patut mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada menjadi pengacara konsert malam ni. Tapi, aku kesian pulak kat senior aku yang sangat mengharapkan aku untuk menjadi pengacara malam ni.

Entah la, mula-mula waktu aku dapat tawaran untuk mengacarakan konsert tu memang aku excited sangat. Bukan senang kan? Lagi-lagi apabila berkongsi pentas dengan Band yang popular macam Jinbara dan jugak AXL'S, tapi, memandangkan assignments yang perlu dihantar esok lagi penting bagi aku, aku pun terpaksa mengambil keputusan untuk tarik diri saat akhir.

Serba salah sangat sekarang ni. Saat-saat akhir diorang nak kena cari pengacara ganti pulak.

2 comments:

Miss Ran said...

org harapkan kite

patut buatlah..pulun skang asgment tu

kte peluang

bile lg nk ade pglaman

bkn jd pnnton..

jd pgacara kn?

erm ikut kata hati oke

kalau kite sngkn org
insyaalh org sngkn keje kite

Askrie Hishamuddin said...

@miss ran, thanks for the advice

insyaallah, i will.

tu la, kesian jugak kat senior i, sbb tawaran tu dah hampir sebulan.. tapi, mcm x best pulak bila last2 minute tolak :(