Tuesday, April 26, 2011

Gunakan teknologi yang ada, tak kesian ke kat bumi kita?

As we all know, sekarang ni zaman teknologi serba canggih, nak beli barang pun guna online je. Tak payah sibuk-sibuk nak habiskan duit minyak kereta bagai semata-mata nak beli hanya sepasang baju kat pavi ke mid valley ke times square ke jj dan sebagainya. Sekarang ni kuasa membeli hanya di hujung jari. Pilih je yang mana berkenan, kalau suka terus bayar pakai online. Senang.

Satu lagi, tak payah membazir masa nak make-up, nak bangun awal pagi semata-mata nak memastikan kita keluar dalam keadaan jalan raya yang lengang. Fuh! panjang sungguh muqadimmah.
Tapi, bukan itu yang aku nak kongsikan kat entry ini.




Entry pada kali ini aku nak berkongsi pasal kaitan teknologi dengan assignment. Sebagai seorang pelajar, sudah pasti tidak akan terlepas dengan kehadiran assignment yang begitu teruja untuk menghantui pelajar-pelajar kolej mahupun universiti. Kalau assignment setakat dua, tiga helai takpe lagi. Tapi, macam yang kita semua tahu, satu assignment lebih daripada 20 helai muka surat. Aku tak kisah bab nak buat assignment lebih daripada 100 helai muka surat pun boleh. Takde hal la zaman sekarang ni. Punya belambak bahan kat dalam internet ni. Sekali google, beratur bahan yang keluar.


Tapi, yang mendatangkan masalahnya ialah duit. Nama pun pelajar, bukannya semua orang senang nak ada duit. Tambah-tambah bila tiba tengah bulan mengambang. Mengigau semua orang nak cari serta saving duit. Kalau assignment semua black and white, apa ada hal kan? Sehelai sepuluh sen je, itu pun nak berkira ke? Tapi masalahnya assignment ada graph, ada bar chart, ada figure, ada picture, semua tu nak kena berwarna-warni, semua tu nak kena guna kos tu. Even sikit je gambar yang berwarna, itu pun tuan punya cc kira 50 sen jugak! Memang dasar!!!!



Kesimpulannya, tak boleh ke assignment hantar guna e-mail je? Senang! Jimat! Daripada membazir guna kertas, tahu tak dah berapa banyak pokok ditebang hanya untuk assignment-assignment pelajar? Sayangilah hutan kita! Tengok sekarang ni, bumi semakin hari semakin panas. Tak kesian ke?
Sekian.





2 comments:

zacky ~786~ said...

tu la psl .~ tp den yer lect da start hantar guna on9.. elearn .. senang jer attach file.. settle.. hehee :D

Askrie Hishamuddin said...

@zacky, untungla kalau submit assignment guna online kan.