Esok aku akan kembali ke tempat yang paling aku cintai (tangan di dada, mata naik ke atas) iaitu Sri Iskandar. Terus-terang aku katakan di sini, aku tak bersedia lagi nak kembali ke tempat dimana aku mendapatkan ilmu business (marketing) itu. Orang lain masih sibuk berholiday dan berkira-kira untuk pergi ke tempat yang menarik untuk menghabiskan sisa-sisa cuti sebulan ini manakala aku terpaksa pulang ke Sri Iskandar dengan perasaan berbelah bahagi darab campur tolak. Itulah, siapa suruh gatal sangat terima tawaran jadi fasilitator Minggu Haluan Siswa kan? Kan dah kena balik awal dua minggu dari student lain. Ini tidak adil! Ha ha ha.
Tak pe lah, barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang meranalah diri. Amboi, bermadah helah bagai! Untuk makluman semua, aku akan mengikuti kem Jati diri untuk memantapkan lagi confident aku untuk menghadapi liku-liku sebagai seorang fasilitator yang berdedikasi selama tiga hari iaitu bermula 1-3 Julai ini.
Jadi, sepanjang hari tersebut kemungkinan blog ini akan bersawang. Mungkin juga akan terus bersawang sehingga minggu Haluan Siswa tamat iaitu pada 11 Julai. Agak lama di situ. Tapi, aku berharap agar tak putus-putus orang yang datang menjenguk blog ini walaupun tiada sebarang update.
Kepada bakal-bakal pelajar KPM Sri Iskandar, sila hormat aku sebagai senior! Ha ha ha. Poyo pulak kan, mentang-mentanglah tinggal 6 bulan je lagi. Senior last sem la katakan.
7 comments:
KPM Sri Iskandar?ambik course apa?
Business (Marketing).
kenapa ya?
pergh..
terbaik la...
jadi fasi elok2 taw..
teringt kngan kena orntasi kt KPMSi..
berbaloi2..
tidur 5 minit jew..
p/s to abg asri ::buli jew junior..hihihi
wow! u jadi fasi askrie??? tahniah3... selamat menimba pengalaman yang amat berharga itu ya... =)
hehe. thanks2!
Good luck bro. Jangan buli junior, ok? Haha.
# epic win! sila serang pawagam berdekatan! #
thanks. eh eh.. tak tak tak.. tak buli punye. mengorat mungkin! haha
Post a Comment