Dah lama rupanya tak update blog. Mesti peminat-peminat aku ternanti-nanti update yang baru kan? Ha ha ha. (okay, perasan) Sebenarnya bukannya apa, sibuk beraya lah. Walaupun raya tahun ni takde lah semeriah macam tahun-tahun sebelumnya, tapi aku tetap berjalan-jalan mengunjungi rumah kawan-kawan. Tahun ni tak pergi rumah saudara-mara pun, diorang je yang datang ke rumah. Memang rumah aku sangat meriah tahun ni.
Tahun ni beraya dengan Nasir dan Suwaybah! Maybe ramai yang tak tahu pasal diorang ni. Okay, tahun ni merupakan tahun pertama diorang beraya di Malaysia bersama aku. Dah tiga tahun diorang beraya kat Jordan (Suwaybah) dan Mesir (Nasir). Bila dapat beraya sekali tahun ni memang rasa lain sangat. Meriah bukan main lagi. Seronok dengar diorang bercerita pasal pengalaman 3 tahun duduk kat negara orang. Diorang ada lagi 3 tahun kat sana. Balik cuti raya ni pun kejap je. Nasib baiklah sempat jugak jumpa.
Dan yang paling best raya tahun ni adalah walaupun umur aku dah menjengah ke 21 tahun tapi masih dapat duit raya. Sampai seratus lebih pulak tu. Ha ha ha. Tapi tak boleh lawan lah dengan tahun-tahun sebelumnya, dua tiga ratus dapat. Ini pun mujurlah dapat dari ayah, emak, pakcik dengan makcik aku. Oh ya, tak lupa jugak, cikgu aku waktu sekolah rendah dulu pun ada bagi duit raya kat aku.
Sebenarnya banyak lagi benda yang aku nak tulis kat sini, tapi cukuplah tu. Tahun ni gambar raya tak banyak lah. Tak tahu lah kenapa, raya pertama aku dah tak semeriah raya pertama tahun-tahun sebelumnya. Ye lah, kalau sebelum ni asal raya je balik kampung. Tapi, sekarang kedua-dua atuk dan nenek sebelah emak dan ayah dah tak ada lagi dalam dunia ni. Jadi, beraya kat rumah je lah. Memang terasa kehilangan sangat. Tambah-tambah dengan ketiadaan nenek aku sebelah emak aku yang baru sahaja meninggal dunia beberapa bulan lalu sebelum hari raya.
Alfatihah untuk arwah. Semoga mereka semua digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
No comments:
Post a Comment