Tuesday, September 6, 2011

Sifat-sifat buruk lelaki yang anda patut tahu!

Dalam entri ini aku nak bongkarkan beberapa sifat buruk kaum Adam yang aku dapat kenalpasti selama 21 tahun aku hidup di dunia ini. (Amboi ayat bukan main)


Pertama, suka sendawa kuat-kuat lepas makan tanpa segan silu. Okay, aku pun kadang-kadang suka berpelakuan buruk sebegitu rupa. Bukannya apa, kalau kenyang sangat memang tak boleh nak cover sendawa tu. Kalau cover boleh merah padam muka menahan sendawa tu. Jadi, satu kepuasan bila dapat sendawa kuat-kuat lepas makan. Tapi kan, kadang-kadang ada jugak perempuan yang suka sendawa kuat-kuat ni. Astaga. Buruk benor perangai perempuan kalau sendawa kuat-kuat macam gitu.


Kedua, suka merokok ketika rara (dalam bahasa kurang enak, berak). Okay, yang ni tak semua lelaki yang selalu buat. Sebab ada jugak lelaki yang tak merokok. Tahu tak tandas tu kecik, boleh pulak merokok kat dalam tandas tu sambil berak pulak tu. Tak lemas ke duduk dalam tu lama-lama teran taik sambil asap berkepul-kepul?


Ketiga, suka menonton porn. Okay, ini semua lelaki suka. Jangan cuba menipu aku dengan mengatakan "eh, aku tak pernah tengok porn, kemaluan perempuan pun aku tak tahu macam mana bentuk dia". Tolonglah, budak enam tahun pun tengok porn jugak, ada yang lebih handal siap tahu macam-macam skill lagi.


Keempat, suka melepak. Lelaki memang suka dengar perkataan lepak. Lagi-lagi kalau ada match bola, sanggup keluar lepak dengan member-member walaupun kat rumah sendiri ada tv lcd 40 inci. Padahal minum segelas air je pun. Itu pun air kosong je. Sanggup bazi duit minyak motordan jugak kereta semata-mata nak melepak.


Selebihnya akan bersambung pada entri akan datang. Itupun kalau aku ada idea. Ha ha ha. Terima kasih

4 comments:

KhaiRin said...

setuju.part no 2. bdk2 opis ni kalu dok dlm jamban, mak aiiii...

Askrie Hishamuddin said...

haha. tau tak pe.

aizatul said...

hahahaha xD
ade betul jgk pn =.=

Askrie Hishamuddin said...

mestilah betul! 21 tahun kaji tau. haha