Okay, sifat buruk pertama yang ada pada setiap perempuan ialah suka mengata. Haa, yang ini memang favourite diorang lah ni mengata sana mengata sini, bergosip sana bergosip sini. Tak kira lah, dari yang umur 5 tahun sampai ke tua, memang suka bab-bab mengata ni. Kadang-kadang ustazah pun sama naik je sebab aku pernah dengar sendiri degan telinga aku yang belum pekak lagi ni, seronok betul ustazah ni mengata orang. Tapi kan, sekarang ni bukan perempuan je suka mengata orang lelaki pun sekarang sama naik je. Tapi, beza lelaki dengan perempuan, lelaki mengata depan-depan, perempuan suka mengata belakang-belakang. Ha ha ha
Sifat buruk kedua perempuan ialah suka menyibuk ha tepi kain orang lain. Mengata orang satu hal, sibuk pulak jaga hal tepi kain orang lain pun satu hal pulak. Ada je benda yang tak kena dengan orang lain. Kahwin dengan dato' dikatanya nak mencaras harta orang tu, kahwin dengan orang miskin dikatakannya kena bomoh dengan lelaki tu. Macam-macam lagi lah.
Ketiga, perempuan suka membazir masa. Okay, ini bagi perempuan-perempuan yang suka melaram. Make-up tebal taknak kalah. Kalau make-up dua tiga minit tak kisah lah, make-up dah satu jam, nak pilih baju yang matching dengan kasut lagi, nak kena matching dengan hand bag lagi dah makan masa dua jam di situ. Dah tahu kalau suka melaram, bangun lah awal.
Keempat, suka meniru gaya penampilan orang. Okay, ini semua perempuan suka. Kononnya ikut trend. Ambik contoh paling senang pasal tudung. Sekarang ni dah macam-macam fesyen tudung kita boleh tengok, hana tajima lah yuna la, dato' siti lah, macam-macam lagi. Kalau meniru fesyen orang je tak pe, tapi, ada yang sanggup berhabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata nak jadi role model dan nampak kelainan. Lepas tu mula lah mendengki sesama sendiri.
Okay, setakat ini, itu sahaja yang aku dapat senaraikan. Selebihnya kena tunggu idea lain datang di masa akan datang. Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment