Friday, December 9, 2011

10 tips mengesan si dia mula curang dengan kamu!!!



Langit tak selalunya cerah, kadang-kadang secara tiba-tiba dan tidak sengaja hujan guruh petir pula muncul di tengah hari. (Puitis tak?). Begitu jugalah dengan kehidupan kita semasa bercinta. Kadang-kadang kita inginkan hubungan kita kekal sampai ke jinjang pelamin namun semuanya musnah apabila mendapat tahu si dia ada pasang lain. Main kayu tiga, empat, lima, enam dan seterusnya.

Tapi, kita tak sedar. Jadi, untuk menyedarkan korang tentang kes curang-mencurang ini, aku ingin berkongsi dengan korang tanda-tanda si dia mula curang dengan korang. Jadi, sediakan payung sebelum hujan.

1. Si dia mula silent phone ketika sedang berdating bersama korang. Paling teruk lagi, si dia mula mematikan telefon bimbitnya semasa berdating dengan korang.

2. Kerap menolak pelawaan untuk keluar dating bersama korang. Kalau dulu sering kelua dating bersama-sama tak kira pagi, petang, siang malam. Tapi, sejak akhir-akhir ini, banyak pulak alasan yang si dia berikan.

3. Tidak membenarkan korang memegang atau membelek telefon bimbitnya. Kalau si dia bagi pegang atau membelek telefon bimbitnya pun, si dia pasti akan berkata "tunggu kejap", okay, itu maknanya si dia ingin delete terlebih dahulu message-message, gambar-gambar, dan lain-lain supaya tidak terkantoi bahawa si dia curang dengan korang.

4. Si dia sudah jarang call/text korang dan mula bagi macam-macam alasan lain contohnya busy dengan assignment dan sebagainya.

5. Telefon bimbitnya asyik engaged, tidak berjawab atau terus mati ketika korang cuba menghubunginya.

6. Sering tersasul menyebut nama orang lain ketika bersembang dengan korang.

7. Jarang reply message korang. Kalau reply pun ayatnya cuma pendek-pendek sahaja. Kalau sebelum ni, bukan main panjang lagi siap ada Muahhh Muahhh di setiap penghujung ayat. Tapi sekarang dah lain.

8. Tersalah sent message. Siap message sayang, rindu, cinta bagai. Padahal message tersebut bukannya untuk korang pun.

9. Mula lupa tarikh-tarikh penting seperti anniversary korang, tarikh lahir korang, dan sebagainya.

10. Tidak fokus ketika sedang berdating. Fikiran si dia entah di mana-mana.

Hakcipta terpelihara: Askrie Hishamuddin

p/s: Nantikan entri seterusnya mengenai tips untuk menangani putus cinta.


2 comments:

Helmet Putih said...

sangat setuju dengan yang no.3 ... 'kejap2 ... pastu entah apa dia buat ...bila check inbox semua kosong ' ...

Askrie Hishamuddin said...

Well, tahu takpe. Semua yang ditulis adalah berdasarkan pengalaman yang pernah dialami. haha