Lumrah manusia dijadikan mempunyai perasaan untuk dicintai dan mencintai (amboi, overnya ayat aku ni!) Dan setiap orang pasti mahukan hubungan bersama si dia yang tersayang diakhiri hingga ke jinjang pelamin. ( sila muntah sekarang! )
Jadi, untuk memastikan hubungan korang sentiasa bahagia dan kekal lama sehingga ke jinjang pelamin, aku ingin berkongsi sedikit tips untuk perkongsian bersama. ( kelas kau Maria! )
1. Terima setiap kekurangan si dia. Jangan sesekali paksa si dia untuk berubah. Jika korang paksa si dia untuk berubah, ini bermakna korang tidak boleh menerima segala kekurangannya dan tidak dapat menerima si dia seadanya.
2. Sentiasa memberikan pujian kepada si dia. Setiap kali korang keluar berdating atau on call dan sebagainya, selitlah kata-kata pujian kepada si dia supaya si dia lebih bersemangat dan rasa cinta terhadap korang lebih mendalam sedalam lautan. (gitttewww!)
3. Selalu mengalah. Ikut sahaja kehendak si dia. Kalau si dia ajak karaoke, teman lah karaoke, kalau si dia ajak makan, teman lah si dia makan. Tapi awas, jangan sampai si dia pijak kepala korang. Jangan sampai digelar pak turut oleh teman-teman korang. Mengalah pun biarlah berpada-pada.
4. Berkongsi masalah bersama si dia. Sekiranya korang ada masalah, kongsilah bersama si dia, dan sekiranya si dia pula ada masalah, ajaklah si dia untuk berkongsi masalah tersebut dengan korang. Dengan cara ini, hubungan korang akan bertambah erat.
5. Ingat setiap tarikh penting dalam hidup si dia termasuklah tarikh lahir si dia, tarikh ulang tahu perkenalan korang, tarikh lahir ayah, ibu, atuk, nenek, adik lelaki, adik perempuan, abang sedara, atuk sedara si dia (Over letteww!)
6. Kenalkan si dia dengan family korang. Dengan cara ini, si dia pasti tidak akan ragu-ragu dengan korang dan menunjukkan korang begitu serius dengan hubungan korang dengan si dia. Begitu jugak korang perlu kenalkan diri korang dengan family si dia.
7. Sentiasa ambil berat tentang family si dia. Bertanya khabar tentang family si dia terutama sekali ibu bapa si dia. Nampak caring gitteww! Ingat korang bukan sahaja kahwin dengan si dia tapi korang berkahwin dengan ahli keluarganya jugak! Jadi kenalah sentiasa mengambil berat tentang keluarga si dia juga.
8. Sentiasa menyokong apa yang si dia lakukan. Contohnya sekiranya si dia ingin melanjutkan pelajaran, mula bekeja dan sebagainya.
9. Sentiasa memberikan kata-kata semangat. Sekiranya si dia ingin menghadapi final exam dan sebagainya, sentiasa berikan kata-kata semangat supaya si dia tahu korang tidak lupa tentang si dia.
10. Sentiasa mengingatkan kepada si dia bahawa korang akan menikahinya satu hari nanti. (oh romantiknya! )
Rasanya setakat ini sahaja tips yang aku boleh kongsikan dengan korang semua. Sekiranya ada lagi tips yang korang nak tambah sangatlah dialu-alukan di ruangan komen.
Hakcipta terpelihara: Askrie Hishamuddin
2 comments:
niat bercinta tu perlu letak Allah di atas segala2 nyer...
khairin, betul tu!
Post a Comment