Saturday, December 10, 2011

10 tips tangani masalah putus cinta!!!


Siapa tak sedih kalau putus cinta? Dulu masa bercinta bukan main bagai nak rak, siang malam berkepit dengan telefon bimbit (skemanyaaa bunyi), siang malam dating, siang malam bercumbu-cumbuan (makin melebih-lebih pulak ni). Tiba-tiba semuanya hancur berkecai, pelamin anganku musnah gitteww (kelas kau Azie).

Tapi, jangan risau. Putus cinta itu bukanlah bermakna hidup korang pun hancur, gelap-gelita. Korang perlu teruskan hidup dengan penuh bangga di muka bumi ini. Jadi, di kesempatan ini, aku ingin berkongsi tips-tips untuk menangani putus cinta.

1. Buang semua kenangan-kenangan korang bersama si dia. Message-message cinta, sayang, rindu, semua tu delete terus dari handphone. Kalau ada message-message yang lucah pun terus buang. (Itu yang wajib buang dahulu).

2. Lakukan perkara yang korang minat. Kalau korang minat karaoke, pergi karaoke. Kalau korang minat memancing, pergi memancing. Kalau korang minat tengok wayang, pergi tengok wayang.

3. Hang out dengan sahabat karib. Cuba untuk luangkan masa dengan sahabat karib korang. Kalau sebelum ni 24 jam korang berkepit dengan si dia, lepas je putus cinta ni, cuba luangkan masa korang dengan bestfriend korang pulak. Biarlah apa yang diorang nak kata kat korang, "dah putus baru nak ajak lepak" korang abaikan. Untuk mengelakkan daripada bestfriend korang menolak pelawaan korang hang out bersama, belanja la diorang. Makan, minum, karaoke, tengok wayang. Apa salahnya keluarkan duit untuk bestfriends korang kan. (Nak ambik hati)

4. Dengar lagu-lagu yang rancak. Bila putus cinta, elakkan dengar lagu-lagu sedih yang meruntun jiwa. Dengar lagu-lagu Lady Gaga, Britney Spears, Avenge Sevenfold dan sebagainya.

5. Kalau korang masih tak boleh jugak untuk lupakan si dia, cuba untuk menjadi best friends si dia. Tapi kena ingat, antara korang dengan si dia sudah tidak ada apa-apa hubungan lagi selain best friends. Jadi, jangan lebih-lebih. Nanti korang jugak akan merana.

6. Elakkan untuk mencari pengganti lain dalam masa yang singkat semata-mata nak bagi si dia cemburu dengan korang. Lebih baik jangan berfikir untuk bercinta lagi buat sementara waktu.

7. Sentiasa berfikiran positive. Yakin bahawa satu hari nanti korang akan jumpa orang yang lebih baik dan bagus daripada si dia. Mungkin jugaa terdapat hikmah di sebalik semua ini berlaku (gila skema ayat aku!)

8. Sentiasa senyum. Senyum sebenarnya dapat hilangkan tekanan. Serius.

9. Mulakan hidup baru. (makin skema ayat aku ni!) Lakukan aktivii-aktiviti yang korang tak pernah buat sebelum ni. Ye lah, sebelum ni asyik berkepit 24 jam je dengan si dia. Balik-balik tengok wayang, karaoke. Kali ini lakukan perkara yang korang tak pernah lakukan sebelum ni bersama kawan-kawan korang.

10. Lakukan ibadat kepada Allah. Kalau masa bercinta tak ingat Tuhan, masa nilah dekatkan diri dengan Tuhan. Bila lagi nak bertaubat kan?

Ada lagi penambahan? Sila tulis di ruangan komen. Terima kasih.

Hakcipta terpelihara: Askrie Hishamuddin

1 comment:

Unknown said...

Bagus la advice ni...

Well,most of them aku da buat da.. So meaning, betol la jalan yang aku amek skrg. Tp yg no 6 tu aku ade wat cume bukan sbb nk kasi die cemburu, cume nk berkwn mencarik jodoh sebenar...x slh kn?

Cume kekadang 2, rase sakit ati tetibe memunculkan wajahnye, yg watkan aku tersedu2 sbbnye...

Sakitnye, masya-Allah...
Well, ape pun aku akan tetap cube untuk wat yg terbaik utk lupekan die.

Thanks again ^_^