Saturday, January 14, 2012

Dugaan macam-macam Allah bagi. Ya Allah!

Assalamualaikum, kalau boleh aku tak nak tulis benda yang sedih-sedih kat dalam blog ni. Tapi, aku tak tahu dekat mana lagi aku nak luahkan perasaan aku ni. Aku tak nak call kawan-kawan aku semata-mata nak kongsikan cerita pasal keluarga aku. Ye lah, kawan-kawan aku pun ada masalah masing-masing jugak takkan aku nak bebankan diorang dengan masalah aku lagi. Jadi, apa yang aku boleh buat aku tulis di sini. Terpulanglah kalau korang rasa nak baca, silakan. Kalau korang tak suka, aku tak kisah, aku tak marah sebab korang pun ada hak nak baca ataupun tak.

Ayah aku baru sahaja keluar wad Hospital Raja Permaisuri Bainun 4.1.2012 yang lalu. Seminggu dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun sebab strok. Lepas tu, aku, kembar aku dan emak aku jaga ayah aku dekat rumah. Emak aku bekerja, aku dan kembar aku yang jaga. Emak aku balik dari kerja, kami bertiga jaga ayah bersama-sama. Aku tak galakkan adik-adik jaga ayah aku sebab diorang masih bersekolah. Adik aku yang lelaki form 5 tahun ni. Adik aku yang perempuan yang paling bongsu pulak baru masuk tingkatan 1. Adik aku yang perempuan lagi seorang masih lagi belajar di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Lebih kurang seminggu kami jaga ayah, tiba-tiba tengah hari semalam, ayah aku sukar untuk bernafas. Terus kami kejarkan ke Hospital dan petang semalam ayah aku dimasukkan ke dalam wad. Ya Allah, kami sekeluarga semalam dah terlampau buntu memang tak tahu nak buat apa lagi semasa tengok keadaan ayah aku semalam, tercungap-tercungap nafas. Kami hanya mampu membisikkan kalimah 'Lailahaillallah' di telinga ayah.

Malam tadi aku, kembar aku dan emak aku jaga ayah dekat wad di Hospital Kuala Kangsar. Kesian dekat emak aku sebenarnya, siang malam kena bersengkang mata jaga ayah aku. Paling sedih semalam emak aku tak henti-henti menangis semasa ayah aku sukar unuk bernafas. Mujurlah ada jiran-jiran datang ke rumah tengah hari semalam tenangkan emak.

Ya Allah, banyak sungguh dugaan yang Kau berikan kepada keluarga kami Ya Allah. Aku mohon Kau ringankanlah beban terhadap kami Ya Allah. Kau sembuhkanlah ayah aku Ya Allah.

Amin.

8 comments:

dalila said...

sabar ye dik.... moga ayah cepat sembuh... kita smua sebagai hambaNYA pasti akan diuji... sabar dan doa banyak2 ...

Askrie Hishamuddin said...

insyaallah akak. amin :')

.........cP~ said...

Bila dah tak mampu tertanggung luahkan je. Allah ada perancangan yang hebat untuk kamu sekeluarga.

eVa said...

sabar.. bykkan berdoa yer.. tu semua ujian dr Allah.. tabah k ;)

Unknown said...

sabar ye asri. memang berat dugaan ni.lebih2 lagi kena pada ayah sendiri tapi kita sebagai hamba Dia tak mampu nak lawan takdir yang Dia dah tulis.doakan yang terbaik untuk ayah anda. Ayah anda pasti bangga punya anak yang sangat bertanggungjawab macam asri

Askrie Hishamuddin said...

thanks semua for the advice and those spirit words. insyaallah. amin

Achik Su3 said...

bwk bnyk2 beristifar..InsyaALLAH bapak ko xde pape..sume tu dugaan tok ko n family ko..sabar ye asri..ku doakn bapak ko cepat sembuh..kta anak2 ni lh ubat kpd ibubapa..yg pntng ko kna ad dsisi family even ap yg jd..k

Askrie Hishamuddin said...

thanks sue :) insyaallah. amin