Wednesday, January 26, 2011

Keghairahan Berblogging!!!

sumber: google images


Sedar tak sedar, entry untuk bulan January ni je sudah hampir mencecah 70 entry aku menulis, eh rasanya menulis tu tak sesuai digunakan di sini, okay, aku ubah sikit, sudah hampir mencecah 70 entry aku merepek. Ya, merepek banyak sangat kann?

omg omg! aku sendiri pun tak expect yang aku boleh merepek sebanyak itu di dalam bulan January ni. Patutlah housemates aku cakap, "haisyhh, ko ni Askrie, dah taksub sangat aku tengok dengan blog, hari-hari update!" amboi, terasa dihina. keji kau, sanggup kau cakap macam tu kat aku, sentap hati mak noks! tangan di dada, mata naik ke atas!


Baiklah, hari-hari aku update blog ni bukannya apa, sebab utama ialah memang aku sendiri dapat rasakan yang blog ni merupakan satu fenomena baru buat aku. chewaahh, ayat nak sastera je kan. Tambahan pulak bila ada orang sudi tinggalkan komen dalam setiap entry aku, aku rasa macam terlebih excited untuk update lagi entry baru! biasalah, itulah yang dinamakan sebagai keghairahan kan? Standard lah tu manusia, bila ada orang bagi perhatian kat kita, kita akan rasa lebih confident dan semangat lagi kan.

Terima kasih korang aku ucapkan terutama sekali kepada
Firdaus dan jugak ch!natsu. Kedua-dua blogger ini sering tinggalkan komen diorang dalam setiap entry aku. Diorang ni jugaklah sebenarnya yang menjadi pembakar semangat dan pendorong untuk aku untuk terus-menerus update blog. wahhh, terima kasih korang!

Okay, kali ni aku tak nak merapu panjang berjela, jadi sebagai kesimpulannya, aku harus kurangkan menulis di blog supaya aku tak nampak begitu taksub serta ghairah dengan blog. Kesian kan. Ye lah, demi menjaga hati semua pihak. Terpaksa =.= (nada sedih)

9 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

happy blogging yaww~ jangan jemu2 menulis!

Firdaus Alim said...

Eh2 asal lax nk brenti..tambahkan entri maaa hahaha

Askrie Hishamuddin said...

@fifiey, thanks!!! :) insyaallah, i will!

@daus, tak berenti pun cuma kurangkan je. hehe.. okayy, thanks, i will!

SANDRA AZWAN said...

kalau satu hari tak update blog , rasa macam something is wrong with my life....oh lord!! ;-P

Askrie Hishamuddin said...

@sandra, betul tu. same goes to me! :)
tapi nk buat cmno, my housemates cakap i terlalu taksub updating blog! so, must kurangkan :( hehe

ch!natsu said...

wah2.. seyes sy slalu komen?
ok trus rs nak kurangkan.. hehe =P

taksub xpe tp jgn smpai mendtgkan keburukan.. cm xbuat keje ke, tgl solat ke, xmkn ke.. huhu..

keep on blogging ok? =)

Budak Giler Cadbury said...

hehehe nina pon penah kena sound cm 2 hee

Askrie Hishamuddin said...

@chinatsu, eh eh, nk kurangkan pulak, org da puji die, tetiba nak kurangkan. hehe. insyaAllah, i will

@nina, hehe.. kesian kan?

Firdaus Alim said...

g2 dong