Monday, January 23, 2012

Pesanan arwah ayah ketika masih hidup.

Asslamualaikum

Pada entri kali ini aku nak berkongsi sikit dengan korang tentang pesanan-pesanan arwah ayah aku ketika beliau masih hidup. Sebelum arwah ayah pergi, banyak dia berpesan pada aku dan adik-beradik aku yang lain. Antara nasihat arwah ayah yang sering kali keluar dari mulut allahyarham ialah:

1. Solat jangan tinggal.

2. Berbelanja tu jimat-jimat sikit.

3. Jangan menyombong dengan orang lain.

4. Cari sahabat bukan kawan.

5. Jangan selalu tidur lewat.

6. Jangan selalu keluar lewat malam.

7. Jangan sesekali meninggikan suara dengan emak.

8. Selalu berzikir kepada Allah.

9. Jangan mudah lupa dan meninggi diri.

10. Sentiasa jaga nama baik dan maruah keluarga.

11. Jangan keras kepala.

12. Jangan merendah-rendahkan kemampuan orang lain.

InsyaAllah ayah, Angah (panggilan aku dalam keluarga) akan sentiasa ingat semua pesanan-pesanan ayah. Semoga ayah tenang di sana dan dicucuri rahmat oleh Allah serta ditempatkan dalam kalangan golongan orang-orang yang beriman. Amin

AL-FATIHAH

p/s: Selamat Tahun Baru Cina. Jangan lupa KLIK SINI!


2 comments:

bobiedanbad said...

pesanan yg sangat berguna

Askrie Hishamuddin said...

terima kasih bodiedanbad