Tuesday, January 25, 2011

8 tips menghilangkan rasa mengantuk di dalam kelas

Baiklah, kalau pada entry sebelum ini aku telah berkongsi dengan korang tips2 bagi mereka yang susah untuk tidur, manakala entry pada kali ini pulak aku dengan rasa berbesar hatinya ingin berkongsi dengan korang tips2 untuk menghilangkan rasa mengantuk di dalam kelas pulak. Oh ya, entry ini adalah merupakan daripada permintaan saudara Kodet.




Btw, tips2 yang aku akan kongsikan dengan korang ini adalah idea secara spontan sahaja. Tidak ada merujuk daripada sebarang artikel mahupun blog sesiapa. Sekali lagi aku tegaskan di sini bahawasanya ini adalah merupakan idea spontan aku. Seperti biasa, kalau korang ingin copy tips2 ini untuk dimasukkan ke dalam blog korang sila creditkan nama serta link blog aku di dalam entry tersebut.


Tips 1
Kunyah chewing gum di dalam kelas. Kalau boleh belilah chewing gum double mint tu. Mahal sikit. Promote kejap. Janganlah beli chewing gum yang sepuluh sen satu tu, sebab rasa manis dia kejap je. Terpaksa lah korang kunyah chewing gum yang lain pulak bila rasa manis tu dah hilang kan. Kan dah buang masa kat situ. Nak kena buang chewing gum lagi lepas tu nak kunyah chewing gum yang lain pulak. Haaaisshh =.=

Tips 2
Makan gula-gula di dalam kelas. Kalau boleh beli banyak sikit gula-gula, boleh jugak bagi dekat lecturer korang yang mengajar kat kelas dengan penuh bersemangat tu. Itu jugak adalah merupakan salah satu teknik mengampu lecturer untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam subjek tersebut. Cuba elakkan daripada makan choki-choki di dalam kelas, nampak sangat tak sopan di situ. Antara gula-gula yang digalakkan untuk korang makan semasa dalam kelas ialah gula-gula yang sweet sour tu, biar menggelejat sikit bila masuk ke dalam mulut. Selain daripada itu, makanlah gula-gula seperti hacks ataupun dalam bahasa saintifiknya hanya aku cinta kau seorang. kaaannn? Elakkan daripada makan gula-gula yang manis seperti sugus, cadbury dan seangkatan dengannya, korang akan rasa lebih cepat mengantuk bila makan benda-benda manis ni.

Tips 3
Paksa lecturer korang untuk take Five kejap lepas tu berjalan ke hadapan kelas dengan penuh bergaya dan buat sesi senam erobik yang ringan-ringan je la. Elakkan daripada melakukan tarian poco-poco, chicken dance mahupun tarian sexy pussycat dolls kerana ianya amatlah keterlaluan. Cukuplah sekadar dengan melakukan gerakan ringan seperti angkat turun kepala, goyang badan, goyang dada, eh, itu pun cuba elakkan. Takut jadi sexual harassment nanti.

Tips 4
Angkat tangan dan mintak izin dekat lecturer korang untuk keluar ke tandas sekejap. Basuh muka dan berkumur. Lebih afdal dilakukan sebanyak 3 kali, kalau korang masih rasa mengantuk jugak lagi boleh ambik air sembahyang terus.

Tips 5
Tampar muka korang berkali-kali. Kalau masih rasa mengantuk lagi suruh kawan korang pulak tampar korang. Kalau tamparan kawan korang pun tak dapat nak membantu untuk menghilangkan rasa mengantuk korang, korang suruh lecturer korang pulak untuk menampar korang. InsyaAllah rasa mengantuk korang itu akan hilang dengan serta-merta.

Tips 6
Kalau korang adalah seorang lelaki, korang bayangkan muka lecturer korang tu macam Aishwarya Rai takpun Kim Kardashian pun boleh, baru semangat sikit nak belajar. Tapi kalau korang nak lebih bersemangat lagi korang boleh bayangkan wajah lecturer korang tu seperti Maria Ozawa, oh, keterlaluan sungguh. Kalau taste korang macam saing-saing Rosnah Mat Aris pulak, terpulanglah korang nak bayangkan wajah beliau kalau itu boleh membuatkan korang hilang rasa mengantuk. Bagi perempuan pulak, korang boleh bayangkan wajah lecturer korang macam Shahid Kapoor ke Aaron Aziz ke ataupun sesiapa sahaja yang kacak bergaya. Tapi kalau taste korang pulak lebih kepada Hamid Ghurkha misalnya, korang boleh bayangkan Hamid Ghurkha sedang mengajar di hadapan korang dengan itu korang akan rasa lebih bersemangat untuk belajar.

Tips 7
Sediakan satu kertas kosong beserta dengan sebatang pen. Lepas tu ajak kawan-kawan korang yang lebih kurang mempunyai masalah mengantuk dalam kelas macam korang jugak untuk turut serta bermain permainan BINGO! yeaayyyy!!! *Aku selalu buat macam ni kalau mengantuk kat dalam kelas, ternyata ianya berkesan. Tak mengantuk langsung rasanya selepas bermain permainan BINGO ini.

Tips 8
Ingat pesan mak ayah kat rumah yang beria-ia suruh korang belajar bersungguh-sungguh dan sebagainya. omg omg! Ya, sedikit sebanyak akan menyedarkan korang bahawasanya korang telah diamanahkan oleh diorang untuk belajar bersungguh-sungguh! Jadi rasa mengantuk tu akan hilang secara serta-merta tanpa korang sedari. Amiiinnn.


Selamat Mencuba!!! Kalau ianya berkesan sila bagitahu kawan-kawan yang mempunyai masalah mengantuk di dalam kelas ya!!!

10 comments:

Nazirul said...

kunyah chewing gum tu memang slalu aku wat dah.tapi sama je.ngantuk jugak.haha

syana mizwateva said...

mkn chewing gum...gula2...g toilet...main time lcturer mgajar....sume 2 dh pnh buat...tp still ugk ngantok..hahahaha

Askrie Hishamuddin said...

@nazirul, cuba tips2 yang lain jugak! haha

@syana, cuba tips2 yang lain pulak! haha

Syafiq Rosli said...

nice tips bro..kalau rajin jom

http://mohdsyafiqrosli.blogspot.com/2011/01/bloglist-sandiwara-seorang-insan-syafiq.html

S.3.V.3.N said...

haha..nice tips.1 lg tips. pejam mata sekejap. kire tido 5 saat la. hehe~~

Unknown said...

nice tips... xpnah lg chewing gum... nnti aku try...

@seven , tido 5 saat nnti smpai sejam tetido

Mat Sabu said...

gilak..tips yang last pling menyentuh kalbu

Askrie Hishamuddin said...

@syafiq, hehe. thanks. okay, i will!

@s.3.v.3.n, haha. boleh jugak tu!

@kodet, thanks, hhee. cubalah! hehe

@firdaus, yeaahhhhh! haha

Unknown said...

urm..teringat zamansekolah menengah...asal cikgu masuk jep...hampir half of student tidur dalam kelas...paling best uh berdengkur lagi...huhuhu...nak elakkan ngantuk, kami pas-pas keropok,gula-gula dll dalam 1 kelas...jom la lawat blog saya lak...
http://shahrunnur214.blogspot.com/2012/02/api-cinta.html

Askrie Hishamuddin said...

cahaya hidayah, hehe. :)