Thursday, January 5, 2012

Tangguh Kemasukan Belajar.

Sepatutnya aku akan mendaftar ke Universiti Kuala Lumpur (UNiKL) pada hari Ahad ini iaitu pada 8. Januari 2012 dalam program Bachelor of Business Administration (Hons) In Islamic Finance. Tapi, memandangkan ayah aku belum sihat lagi sepenuhnya dan perlu dijaga dengan rapi jadi aku mengambil keputusan untuk menangguhkan tarikh kemasukan aku ke UNiKL.

Mana taknya, ayah aku kena bagi makan 6 kali sehari melalui tiub. Mak aku kerja, adik-adik aku yang lain still bersekolah, yang ada kat rumah cuma aku dan kembar aku je. Jadi, terpaksalah kami berdua yang menjaga ayah aku, bancuh susu mengikut sukatan yang doktor ajar, bagi makan ubat melalui tiub. Semua kitorang kena buat sendiri.

Terima kasih sangat yang tak terhingga kepada Atikah Lutfi dan Nur Hazwani sebab sudi tolong aku dalam proses untuk menangguhkan tarikh kemasukan aku ke Unikl.

So, for those yang akan mendaftar ke Unikl Ahad ni, selamat mendaftar buddies! I will be there soon. Please wait for me! LOL.

Aku jugak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan aku serta sesiapa sahaja yang tak putus-putus bagi kata-kata semangat kepada aku & family dan sudi mengambil berat pasal aku, hantar mesej, hantar wall kat facebook, chat i.m, tanya pasal khabar ayah aku. Terima kasih sangat-sangat.

8 comments:

ain akasyah said...

harap ayah askrie cepat sembuh..semoga cepat2 dapat sambung blaja..sabar ye..Insyaallah awk kuat utk tempuh dugaan ni

Askrie Hishamuddin said...

thanks ainol. insyaallah. amin :)

Unknown said...

wahh ada kembar..

Askrie Hishamuddin said...

haha. baru tau ke? hehe

theblabber said...

be strong boy. doa banyak2 kat Tuhan :)

Askrie Hishamuddin said...

thanks theblabber. InsyaAllah. Amin :')

Unknown said...

kawan wan ada masuk unikl nanti.tak pe.pengorbanan seorang anak itu lebih berharga.

Askrie Hishamuddin said...

ouh, ye ke? unikl mana? i masuk unikl main campus