Friday, January 6, 2012

Majlis Bacaan Yassin untuk ayah


Alhamdulillah, malam tadi seluruh penduduk di kawasan taman perumahan aku ada buat majlis bacaan yassin untuk ayah aku yang sedang terlantar sakit di rumah aku. Tak sangka ada jugak orang yang sanggup berkongsi kepayahan yang ditanggung oleh kami sekeluarga. Makan & minum untuk malam tadi pun semuanya diuruskan oleh penduduk taman perumahan aku. Di samping bacaan yassin tadi, sempat jugak diorang menjenguk keadaan ayah aku yang sedang terlantar sakit disebabkan strok dan brain damage.

Tanpa sokongan semua orang, tanpa kata semangat semua orang, kami sekeluarga pasti akan rasa down, tapi Alhamdulillah, ramai yang bagi kata-kata semangat agar kami sekelurga bersabar menghadapi ujian Allah ini dapatlah menaikkan semangat kami sekeluarga terutama sekali emak aku. Kesian jugak ak tengok emak aku siang malam menjaga ayah aku, siang malam menangis. Tak sanggup aku nak tengok kalau hari-hari mak aku macam tu. Anak mana sanggup tengok ibu dia menderita bukan?

Mujurlah aku dan kembar aku ada menemani menjaga ayah siang dan malam. Ringan jugak sikit beban emak aku. Kalau nak harapkan dua orang adik aku, aku tak yakin, diorang masih bersekolah. Adik aku yang bongsu pun baru je naik tingkatan satu. Kesian dia. Adik aku yang lelaki nak spm tahun ni. Kena fokus belajar. Jadi, kami yang sulung ni lah kena jaga ayah kitorang. Emak aku pun bekerja. Kesian kat dia, ini pun emak aku ambik cuti dua hari semata-mata nak jaga ayah aku jugak.

Tak apa lah, aku yakin dengan sokongan semua orang, doa semua orang sedikit sebanyak dapat membantu ayah aku. Aku pun kena banyak berdoa dan solat. Siapa lagi yang nak mendoakan kesihatan ibu dan ayah kalau bukan seorang anak kan?

Entri ini bukan sekadar unuk aku berkongsi kesedihan aku semata-mata tetapi jadikan ia sebagai pengajaran buat kita semua jugak. Selagi ibu dan ayah kita masih hidup di dunia ini, berbaktilah. Jangan menyesal dan tangisi kalau mereka dah tak ada dalam dunia ini.

Semoga ayah cepat sembuh. Amin

2 comments:

Rozuan Ismail said...

sabar k asri.wan pon mampu berdoa je.sangat berat untuk tanggung kan

Askrie Hishamuddin said...

thanks wan :) amin