Tuesday, January 3, 2012

Ayah, cepatlah sembuh! Amin

Entri sebelum ini aku menulis ayah aku sedang terlantar sakit di Hospital Seri Bainun. Maaf. Bukan Seri Bainun tetapi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Awal-awal tahun 2012 dah update benda-benda sedih. Nak buat macam mana, Allah menguji hambaNya bukan kira masa, tempat, dan sebagainya. Kun fayakun. Kalau Dia nak jadi, jadilah. Kita sebagai hamba Nya harus menerimanya dengan hati yang terbuka.

Ini ujian aku dan sekeluarga di awal tahun 2012. Alhamdulillah, kami sekeluarga dapat menerimanya. Ini semua sebab kata-kata semangat dari kawan-kawan aku, keluarga aku yang lain, kawan-kawan ayah dan mak aku. Semua kata-kata semangat tu yang membuatkan kami sekeluarga dapat menerima keadaan ayah yang tenat di wad sekarang.

Alhamdulillah juga lah, keadaan ayah pun semakin hari semakin nampak perubahan walaupun tidak terlalu ketara. Aku harap ayah cepat sembuh, dan kembali pulih seperti sedia kala. Boleh bercakap, boleh bergerak. Semalam masa aku menjaga ayah aku seorang di hospital, ayah aku cuba untuk bercakap tapi tak boleh.

Sesungguhnya aku rindu dengan senyuman ayah, gelak tawa ayah, suara ayah, dan semua tentang ayah.

5 comments:

sumaiyah mokhtar said...

insyaAllah semoga ayah awk cepat sembuh, jangan putus dengan doa, sy faham keadaan awk, sbb kite baru kehilangan ayah tercinta :(

Askrie Hishamuddin said...

thanks sumaiyah, begitu jugak dengan awak. bnykkankan sedekah al-fatihah dan doa kepada ayah awak. Amin.

Rozuan Ismail said...

semoga ayah awak trus sembuh dan sembuh.tak maw sedih2 k

KhaiRin - anies said...

semoga cpt sembuh!

Askrie Hishamuddin said...

thanks rozuan and khairin, insayaallah, amin