Monday, April 9, 2012

ABPBH 2011 sangat mengecewakan!

Assalamualaikum!

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) menyambut ulang tahun ke 25 tahun ini. Namun, bagi aku ABPBH 2011 ini adalah ABPBH paling mengecewakan dan sangat tidak memuaskan. Persembahan pembukaan oleh Stacy, Alyah dan Dato' Siti nampak sangat kelam-kabut terutama sekali apabila turut menampilkan kemunculan artis-artis semasa persembahan diorang. Nampak macam mengarut dan MOTIF? Raja Azura dan Syarifah Syahirah banyak membuang masa dengan menari makyong bagai semasa permulaan membuatkan orang jadi bosan.

Tak kurang daripada itu, masalah audio pun sangat banyak dan terlalu mengecewakan. Persembahan artis-artis lain jugak nampak seperti tak cukup persediaan. Rasanya kebanyakkan artis yang membuat persembahan pada malam ini lebih menumpukan persedian untuk bertanding di MANIA ASTRO yang berlangsung sehari sebelum ABPBH.

Terus terang aku cakap, aku cuma excited menonton ABPBH 2011 ini hanya 30 minit pertama sahaja. Selebihnya aku cuma menonton sambil online facebook di bilik, pergi dapur masak maggie, dan update blog.

p/s : Rasanya ucapan kemenangan Fasha Sandha sangat memualkan. "Terima kasih kepada cinta hati saya" Iewwwwwww....

TAHNIAH AARON AZIZ Bintang Paling Popular 2011!

Opppssssss... amboi, saje nak bikin panas lettewww Askrie Hishamuddin ni letak gambar Aaron Aziz comolot ngan bini dia kannnn?? LOL. Sentap!

Sekian.Bye!

4 comments:

NAL said...

apa2 pun, NAL puas dgn persembahan yang NAL nak tgk sgt2..of coz Shila Amzah & Najwa Latif..best juga performance Ombak Rindu..

Askrie Hishamuddin said...

NAL, tapi persembahan Shila Amzah too simple la. Pada pendapat Askrie laaa :)

مرهمه جونايشا said...

Yes..yg part sharifah shahira dengan raja azura pakai bju makyong tu memang mmbosankan..btw,Zizan menyelamatkan suasana..pada mar laa :)didie alias...?err~wierd...-.-

Askrie Hishamuddin said...

@Marhamah, betul2. agreed with you!