Sunday, June 3, 2012

10 Ciri-ciri kawan yang Harus/Perlu Dielakkan!


Assalamulaikum!

Entri kali ni aku nak kongsikan 10 ciri-ciri kawan yang harus/perlu kita elakkan. Perghhh, takde muqadimmah langsung terus nak masuk points. LOL

1. Jenis talam dua muka.

Aku paling pantang dengan kawan yang jenis talam dua muka ni. Depan kita punya lah baik, orang kata pijak semut pun tak mati tapi belakang kita kemain lagi mengutuk kita. Jenis kawan macam ni memang belambak. Kalau ada kawan yang jenis talam dua muka ni seelok-eloknya elakkan daripada kita membuka mulut ceritakan pasal orang lain depan dia. Tambah-tambah zaman teknologi ni, 5 saat je berita tersebut akan sampai ke telinga orang lain.

2. Jenis kuat touching.

Sekali-sekala nak touching memang takde hal punya. Tapi kalau sikit-sikit nak touching, siapa boleh tahan kan? Kena kutuk sikit dah touching. Kalau setakat touching 5 minit tu boleh considered lagi tapi kalau dah sampai seminggu nak touching, call pun tak angkat, message pun tak reply, memang melampau lah kan.

3. Jenis suka meninggi diri/cakap besar

Aku ada jugak kawan yang jenis meninggi diri/cakap besar ni. Kira dialah yang paling hebat. Apa yang orang lain buat, semuanya salah, dia je la yang betul. Konon serba-serbi semua benda dia tahu dari A sampai Z. Kalau nak tahu jenis orang yang suka meninggi diri ni selalunya dia suka condemn orang. Orang yang suka meninggi diri ni jugak selalunya tak boleh tengok orang lain lebih daripada dia. Ada je yang tak kena.

4. Jenis batu api/menghasut

Ini adalah merupakan ciri-ciri kawan yang memang patut kita elakkan. Bukan patut tapi memang wajib kita elak. Kawan yang jenis suka mengapi-apikan orang ni lah paling bahaya. Orang yang jenis suka mengapi-apikan orang ni tak akan mudah mengaku kalah. Dia akan pastikan kawan yang dia tak suka akan jatuh menyembah bumi. Kejam gila kan?

5. Jenis tikam belakang/kawan makan kawan

Kawan yang suka tikam belakang/kawan makan kawan ni pun belambak. Orang yang suka tikam belakang ni kita memang tak bole expect gerak-geri dia. Orang jenis suka tikam belakang ni nampak slow je depan kita tapi di belakang kita Allah je yang tahu macam mana perangai dia sebenarnya.

6. Jenis suka merendahkan orang lain

Kawan jenis ni tak bahaya sangat. Tapi kalau boleh cuba jugak elakkan untuk berkawan dengan orang yang jenis suka merendahkan orang lain ni.

7. Jenis suka menipu dan memberi alasan

Kawan yang jenis suka menipu dan suka memberi alasan ni pun belambak jugak. Susah sangat ke nak bercakap benda yang benar? Kalau sekali-sekala mungkin boleh dimaafkan, tapi kalau dah sampai tahap sikit-sikit nak bagi alasan, sikit-sikit nak menipu, memang orang tak akan percaya dah la. Ingat satu je, kalau kita suka sangat menipu, nanti kalau terjadi apa-apa musibah kat kita, kawan-kawan tak akan membantu punya sebab kat muka tu dah ada cop mohor 'KAKI PENIPU'.

8. Jenis hangat-hangat tahi ayam.

Kawan jenis macam ni memang patut dielakkan. Mula-mula kemain lagi plan macam-macam, nak buat itu lah, nak buat ini lah, nak pergi sana la, nak pergi sini la, at last, semua benda tak jadi dan sudah pasti keluar lah macam-macam alasan dari mulut.

9. Jenis panas baran

Kalau bab mengutuk orang, memaki orang dia memang terel. Tapi bila kena kat batang hidung sendiri mulalah nak panas baran semacam. Memang aku paling pantang sekali dengan orang jenis panas baran ni.

10. Jenis berkira/suka mengungkit

Kadang-kadang dalam persahabatan ada masa kita kenalah berkorban sikit. Tak perlulah nak berkira ataupun nak mengungkit. Adatlah kalau kawan kita tengah pokai, kita yang ada duit ni hulurlah sikit. Kalau kawan kita dalam kesusahan, kita tolong lah untuk menyenangkan kawan kita. Kadang-kadang aku pun tak faham dengan orang yang jenis kuat berkira ni. Kalau setakat pinjam RM5 tu tak payah lah nak berkira sangat macam kawan kita pinjam RM100 kat kita.

Kalau korang rasa korang nak tambah lagi points-pointsnya, korang sangat dialu-alukan untuk menambah diruangan komen di bawah. Terima kasih.

Sekian.Bye!

10 comments:

NAL said...

nice sharing..tQ ya :)

Askrie Hishamuddin said...

Nal, welcome btw :)

Afifah Azmi said...

nak tambah blh? Jenis suka ambil kesempatan :)

DilaMilin said...

Hmm..info yang bgus. Lps ni kena berhati2 dalam memilih kwn. ;)

♥ Annabella Idrissi ♥ said...

jom same2 mencari sahabat yang ade sifat dekat atas tu..(: kita ng lecture kat dieorng..:P **zaman sekrang, xmudah nak cari sahabat yg betul2 kita boleh gelar 'SAHABAT'..(:

AKU HANYA ADA KAMU said...

ya btl tu....pada maSA skrng ne ada kwn yg snggap bt apa je dan pngruh pada kwn-kwn yg lain supaya x brkwn dengan kwn kita..bhya dapat kawan mcm tu..kna hati-hati sikit..

AKU HANYA ADA KAMU said...

btl tu pada masa skrng ne..kwn bkn blh prcya sngat..dan paling bhya lagi bila kwn tu bg pngaruh kt kwn2x kita yg lain supaya x brkwn dengan kits..dan memberitahu smua keburukan kita pda org lain..

AKU HANYA ADA KAMU said...

info yang sangat menarik..sangat baik
tp pada masa yang sama kita harus brhati2x memilih kwn ..pada masa skrng ne.,ada pula kwn yg snggup pngaruh kwn-kwn yg lain supaya x brkwn dengan kita...ats sbb sakit hati dengan kita..kena hati-hati dapat kwn mcm tu.....

Sweet Lavender said...

Saya ada kwn no 2..bila dia gurau kasar dgn kita boleh tp if kita ni gurau terlebih dgn dia mula la tarik muka siap tak tegur kita sampai la kita yg tegur dia dulu..haishh..susah nak cari kawan yg betul2 baik nih.

Anonymous said...

Me too....pnh dpt kawan type no 4 or 5...xtau nk kategorikan die ni type y keberapa...but definitely lebih pada type 5 kot...mmg sy x sangka kawan y sy pecaye tikam kita kt belakang....dan kawan ni jugaklah y suka ambil kesempatan atas kebaikan kita...depan kite nmpak slow, lembap, lambat pickup sume ade...upenye belakang kite die la juara dok canang kita..ala2 mami jarum gitu...'wifi mmg laju n pantas'...n from now on, sy dh buang die dlm hidup sy n i really2 calm n happy in my life ...

`if U are NICE...Some people will take ADVANTAGE of U..!!...