Tuesday, June 12, 2012

Tips menghilangkan bau ketiak busuk!

Assalamualaikum!

Lawa saja tak cukup, kacak saja pun tak cukup kalau bau badan macam gampang. Alamak, terlebih sudah bahasa aku. Ini nak menunjukkan bahawa kalau muka lawa dan kacak sekalipun tapi tak menjaga bau badan terutama sekali ketiak, maka korang akan diREJECT dan percayalah, akan menjadi bahan kutukan oleh orang ramai.

"Ieeeee, ko nak tau tak Lisa, pagi tadi masa aku beli air kat Cafe, tetiba Yusry berdiri kat sebelah aku. Dup dap dup dap jugak lah jantung aku. Sekali dia angkat ketiak nak bayar duit kat makcik Cafe tu, MasyaAllah, bau ketiak diaaaaa.. Nak pitam kot! Mujur lah antibody aku ni kuat." Haaa, lebih kurang macam tu lah.

Kadang-kadang pakai deodorant saja tak cukup, ada jugak orang yang pakai deodorant berbotol-botol tapi bau badan yang busuk itu tetap tak dapat dibendung. Kesian kan?

Jadi, dikesempatan ini aku nak kongsikan dengan korang cara-cara untuk menghilangkan bau ketiak yang tengik tu. Ini petua orang tua-tua zaman dulu. Boleh lagi digunapakai walaupun pada zaman moden ni uolssss. Jangan nak bajet moden sangat la kan. Tak main la petua orang tua-tua ni, I pegi buat rawatan kat spa je uolsss. Hotak kau buang duit je semua tu!

Setiap kali semasa mandi. Duduk mencangkung, dan sentalkan ketiak korang pada kepala lutut sambil selawat 3x. (Nak kena ajar ke macam mana nak selawat? Rasanya tak perlu kot, sebab budak lima tahun pun reti baca Selawat.) Mula-mula sentalkan ketiak kanan pada kepala lutut sebelah kanan dulu dan kemudian sental ketiak kiri pada kepala lutut sebelah kiri pulak. (Sental pada kepala lutut je tau, kepala lain tak boleh) Sental dengan kuat. Sambil tu baca selawat dalam hati. Tak payah baca kuat-kuat sangat, karang mak bapak korang kata ajaran sesat mana lah pulak selawat dalam bilik air. Amalkan setiap kali korang mandi.

Cubalah, mana tahu ianya berkesan. Ramai orang yang dah mencuba petua ni, dan Alhamdulillah menjadi. Ada yang sampai sekarang tak payah nak bazir duit beli deodorant pun ada. Bangun-bangun pagi ketiak bau Rexona. Wow! Amazing sangat!LOL
Sekian.Bye!

7 comments:

NAL said...

eh, betul ke ni? Hurmmm..

Rozuan Ismail said...

ok first time dgr pasal tips ni.

Askrie Hishamuddin said...

Nal, insyaAllah.

Rozuan, ye ke? haha

Mummy Akmar said...

Wahahahahahah!!!! Akak ni dekat office ni dah tegelak sorang2 baca tips kau ni!!!! Hahahahaa

lovely said...

betul ke ni dik..hihi..
salam kenal
n follow
http://lovelyberryintheblog.blogspot.com/

Rhu. said...

Hehehe sama mcm mak aku ajar tiga puluh tahun lepas..

naufal syarifuddin said...

hahah bagus ketek ku tak asam tapi thanks inponya ya kunjungan baliknya serta follback udeh ane follow tuh www.naufalthedarkness.blogspot.com