Tuesday, November 26, 2013

Nak tahu perkembangan terbaru?

Assalamualaikum!

Mohon maaf dah lama tak update blog pasal perkembangan aku. Gittewww.. Banyak sebenarnya story yang aku nak tulis kat sini tapi masa sangat-sangat mencemburui aku. Seddeehhh..

Baru-baru ni 23 dan 24 November lepas aku ada dua show. Satu kat UniKL Mitec, Pasir Gudang, Johor bersempena dengan Abstract Fest pada hari Sabtu dan di IPD Dang Wangi, KL sempena Hari Keluarga Polis pada hari Ahad.

Minggu sebelumnya pada 16 dan 17 November aku ada show wedding di Pelabuhan Klang pada hari Sabtu dan shooting muzik video 'We Are UniKL' di UniKL City Campus pada hari Ahad.

Nampak tak ke'busy'an benar-benar melanda pada diri yang lemah ni. lolz.

Kalau korang follow instagram aku, sedikit-sebanyak korang boleh lah tahu perkembangan semasa aku. Wahhhhh, ayat retisssss..

FOLLOW INSTAGRAM : askriehishamuddin
 
Bagi tidak menghampakan anda semua yang bertungkus-lumus baca entry ini, aku belanja video klip 'We Are UniKL' yang menampilkan aku. Gittewwww!!! Enjoy!!


Sekian!

No comments: