Assalamualaikum!
Malu nak declare ?
Ada sesetengah gadis memang yakin dan tidak teragak-agak untuk declarekan hubungan mereka. Namun, ada juga yang langsung tak tahu macam mana cara atau mungkin malu untuk declare hubungan dengan jejaka pilihannya secara terang-terangan.
Tidak mengapa, ada banyak lagi cara yang boleh kamu lakukan untuk declare kamu kini miliknya dan dia milikmu.
✹ TUKAR STATUS ‘IN RELATIONSHIP’
Tak perlu berkata, dengan menukar status ‘in relationship’ juga sudah menunjukan kamu menerima cintanya. Tetapi jangan lupa tag sekali namanya kalau tidak takut dia fikir pekara yang sebaliknya pula.
✹ TERIMA CINCINNYA
Ada sesetengah lelaki lebih suka beri sebentuk cincin buat pasangannya sebagai tanda si gadis itu miliknya. Dengan menerima cincin pemberiannya itu sudah membuktikan kamu menerima kehadirannya.
✹ GABUNGAN NAMA
Tukar nama username sosial media kamu dengan gabungan nama kamu berdua mengikut kreativiti kamu. Si dia pasti nampak dengan jelas bahawa kamu telah menerima cintanya.
✹ MUAT NAIK GAMBAR KAMU BERDUA
Cara paling mudah, muat naik gambar kamu berdua dengan bercaptionkan ayat-ayat seperti “Hello kekasih baru!” sudah mencukupi. Si dia pasti tidak tertanya-tanya lagi apakah ‘status’ kamu berdua.
✹ KAD / SURAT LUAHAN
Jika susah untuk berkata apa kata guna cara lama. Hantarkan padanya sekeping surat atau kad cinta yang mengandungi luahan hati kamu. Si dia pasti terharu dan ingat data pertama kamu menerima lamarannya. Mana tidaknya, kamu sahaja satu-satunya yang membuat cara seperti itu.
✹ DEDIKASIKAN LAGU
Lagu juga boleh membantu untuk kamu luahkan apa yang terpendam dalam hati. Pilihlah lagu yang mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat untuknya. Secara tidak langsung lagu itu pasti akan jadi lagu tema percintaan kamu berdua!
✹ TULIS TENTANGNYA DI BLOG
Jika kamu mempunyai akaun blog ini bonus bagi kamu. Lupakan sebentar tentang kekurangan yang kamu nampak. Apa kata luangkan sedikit waktu bercerita tentang kebaikannya. Jangan lupa sertakan sekali beberapa keping gambar kamu berdua. Sekurang-kurangnya walaupun kamu tidak bercakap dengan hasil penulisan kamu si dia pasti tahu bertapa ikhlasnya kamu selama bersamanya.
✹ BERI SATU TANDA SEBAGAI SETUJU
Jangan panik, Selain dari semua di atas. Kamu juga boleh berikan sesuatu padanya sebagai tanda declare yang kamu sudah menerima dirinya untuk masuk di dalam dunia kamu. Mungkin key chain juga boleh mengambarkan perasaan kamu. Tak perlu beli barang yang mahal. Paling penting kamu ikhlas!
sumber: http://www.karangkraf.com/gaya-hidup/8-cara-declare-status-percintaanmu-1.238078

No comments:
Post a Comment