Assalamualaikum, tak jawab dosa, mati seksa, masuk api neraka, hikhik. Pada entri kali ini aku nak berkongsi dengan korang berkenaan dengan perjalanan yang tak dirancang.
Nak dijadikan cerita, malam tadi aku bersama Fendy iaitu rakan serumah aku tersangatlah kebosanan duduk di rumah sewa. Serius tak tahu nak buat apa. Padahal ada redo assignment yang perlu diselesaikan. Tapi tension punya pasal kitorang lupakan kejap pasal redo assignment, kitorang terus shoot Ipoh. Sampai je kat Ipoh, kitorang terus roger member-member kolej kitorang yang ada kat Ipoh malam itu, kumpul beramai-ramai dulu.
Aktiviti pertama ialah karaoke! Okay, ini adalah merupakan aktiviti wajib kitorang kalau pergi berjalan-jalan.
Lepas karaoke kitorang pusing-pusing TKK Gerbang Malam. Orang Ipoh mesti tahu kan?
Lepas kepenatan pusing-pusing kat TKK kitorang makan malam pulak kat dataran Ipoh.
Nampaknya semua dah kekenyangan. Alhamdulillah. Mana nak pergi lepas ni? Pukul 2.00 pagi kot. Takkan dah nak balik Sri Iskandar? Esok (hari ini,20/5/2011) bukannya ada class pun. So, someone comes out with brilliant idea. "Apa kata kita shoot Cameron Highland nak tak?"
Nampaknya masing-masing pun telah memberikan kata sepakat tanda bersetuju dengan idea tersebut makanya kitorang pun terus shoot naik Cameron Highland pukul 2.00 pagi. Bayangkan sepanjang jalan ke Cameron Highland tu dah la takde lampu jalan. Terpaksalah masing-masing buka mata dengan seluas-luasnya untuk mengelakkan daripada kejadian tidak diingini berlaku.
Alhamdulillah sepanjang perjalanan takde kejadian yang tak diingini berlaku. Semuanya berjalan dengan lancar dan saksama. Paling seksa nak cari toilet tengah-tengah pagi buta tu. Masing-masing empat buah kereta cari toilet sepanjang jalan. Last-last jumpa jugak Petronas. Masing-masing terpaksa beratur pulak nak terkencing punya pasal.
Serius, Cameron Highland merupakan tempat peranginan terbaik untuk korang melepaskan tekanan. Semua ini merupakan UNPLANNED JOURNEY! Korang patut buat sekurang-kurangnya sekali dalam satu semester. Serius, ianya HEBAT!
p/s: Aku tak suka rancang vacation awal-awal. Selalunya tak akan menjadi dan tak pernah pun menjadi. Selalunya kitorang akan rancang sesuatu vacation on the spot. Kalau semua on, terus shoot! Serius, ianya menyeronokkan.
p/s: Pictures will be upload on next entry! To be continued......
8 comments:
wow! bez gilerr, jelez nyer . . mesti bez giler kn? hahaaaa,..
schasya, penat tapi sangat best! ;)
bestnyeeewww <3
anis; hehehe :) tau tak pewwwwwwww <3
betul kadang-kadang benda yang kita tak plan lebih best daripada benda yang kita plan
rozuan, betul tu!
x cter pn psl BFF ko...
hahaha :) klu nak cerita pasal "BFF" aku tu, kena wat entry khas okay, khas untuk dia jee ;)
Post a Comment