Thursday, September 22, 2011

Busynya schedule mengalahkan retiss!!!


Penat menjadi emcee semalam belum habis lagi. Dengan tak cukup tidurnya. Bayangkan rehearsal pada hari Selasa dari petang sampai tengah malam, pukul 2 pagi baru habis rehearsal. Pagi-pagi esoknya dah kena bangun seawal pagi. Event raya semalam bermula pukul 10 pagi sampai 2 petang.


Hari sabtu ni pulak ada Open House di Universiti Teknologi Petronas, dan aku dipilih untuk menjadi wakil daripada Kolej Profesional MARA, Sri Iskandar untuk bagi ucapan pada event tersebut nanti.

Assignment berlambak lagi belum siap. Fuhhhhhhh (menghela nafas paaanjangggggggg)

Ingatkan bila dah last sem ni makin relaks rupanya tak, lagi banyak commitment rupanya. Dengan event batch kitorang lagi bulan 10 ni.

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan hambaMu ini. Amin