Friday, October 7, 2011

Blog semakin bosan!!!

Akibat terlalu busy dengan event yang akan berlangsung pada 22-23 Oktober ini di Kolej Profesional MARA Seri Iskandar anjuran pelajar semester akhir HND Business (Marketing) di kolej, nampaknya blog aku semakin terabai. Kesian dibuatnya. Oh ya, jangan lupa ya datang ke karnival kami nanti. Penat kitorang plan dari awal semester lagi tentang event ini. Bagi yang belum tahu lagi, event ini namanya "Karnival Nur 2011" dan merupakan final project semester akhir kami di kolej ini. Harap-harap ramai yang datang memeriahkan lagi karnival ini. Amin.

Ada banyak acara menarik seperti paintball, pertandingan menebar roti canai dan teh tarik, forum perdana, Pertandingan nasyid antara IPT dan yang paling penting sekali ialah Program Bual Bicara Amal Bersama Hafiz Hamidun. Sebab apa penting? Sebab aku akan in charge program tersebut. Penat rupanya nak deal dengan orang itu ini. Mula-mula deal dengan Aznil lepas tu deal dengan Heliza. Malangnya kedua-keduanya busy on that day. Alhamdulillah akhirnya dapat jugak Hafiz Hamidun.


Bulan ni aku sangat busy. Nak cari sponsor untuk event, practice puisi untuk performance Konvokesyen Perdana KPM, test MUET, assignments (macam biasa la), emcee event dan macam-macam lagi. Memang pack schedule aku bulan ni. Tak tipu punya. Kalah retissss kau. Kau ada? LOL

Okay, setakat ini sahajalah yang mampu aku tulis dalam entri kali ni. Oh ya, sebelum aku mengakhiri entri ini aku nak show off sikit gambar aku keluar newspaper Sinar Harian Rabu lalu 5/10/2011 sewaktu Kelab Business (Marketing) membuat lawatan ke Karangkraf & Muzium Matawang. Kalau korang terl cuba cari mana aku?

Sorry, gambar terlalu halus. LOL

1 comment:

Biha Petom said...

tau xpe..tp ok la tu, ko rajin jugak updte blog ko ni..drpd aku, tinggal kn blog tu bersawang, haha...MALAS!