Monday, October 10, 2011

Salam takziah kepada blogger/youtuber Aziz Hazmi



Assalamualaikum semua pembaca yang dikasihi,


Mari kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ibu kepada blogger/youtuber Aziz Hazmi iaitu Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Siti Hapiah Binti Hajah Mek Som yang telah kembali ke rahmatullah.

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan takziah kepada Aziz Hazmi dan keluarga. Setiap yang datang pasti akan pergi. Kita jugak satu hari nanti pasti akan merasai mati cuma tak tahu cepat atau pun lambat.

Untuk Aziz Hazmi, teruskan perjuangan dalam berkarya. Jangan sesekali mudah cepat putus asa. Selalu sedekahkan doa kepada arwah ibu. Jadilah orang yang berguna dan disegani.

2 comments:

hamzah ian said...

baru ku tahu.. al fatihah

Askrie Hishamuddin said...

Amin. semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan golongan orang yang beriman