Tuesday, December 27, 2011

Aku ada ayah, korang pun ada ayah, dedikasi buat ayah!!!


Assalamualaikum. Ayah aku sekarang ni sedang terlantar kat katil. Biasalah, sakit orang tua, kencing manis, darah tinggi tu normal. Dulu, kesihatan ayah aku semakin pulih tapi sejak kebelakangan ini entahlah, dah makin teruk tapi Alhamdulillah mujurlah ayah aku sekarang ni pun dah boleh bercakap, berjalan pun dah boleh sikit-sikit. Cuma itulah, sikit-sikit nak diurut. Penat jugak tapi nak buat macam mana kan. Dulu waktu kita kecik-kecik, lagi jenuh ayah aku nak melayan kerenah aku. Tak pernah pun merungut kat dalam blog macam aku. LOL

Tapi mujurlah, bila sakit ni, ayah aku pun dah mula berhenti merokok. Aku harap sangat bila kesihatan dia dah pulih nanti terus berhenti merokok lah. Ye lah, sebelum ni ayah aku memang tenat. Tapi bila dah pulih sikit ayah aku mula balik tabiat merokok. Yang merisaukan aku, sehari dua kotak. Lepas tu, terus jatuh sakit pulak sampai sekarang.

Aku pun kadang-kadang runsing jugak. Tapi, nak buat macam mana, terima je lah kehendak Allah. Ye lah, masa dia tengah ada kat dunia ni lah aku boleh tolong urut dia, suap makanan dekat dia, kalau dia dah tak ada nanti, aku dah tak dapat dah peluang macam ni.

Ya Allah, kau panjangkanlah usia ayahku, kau permudahkanlah segala urusan ku, kau pulihkanlah segera kesihatan ayah ku.

* Maaf, aku tak tahu macam mana nak luahkan perasaan aku ini melainkan dekat blog ni je. Bukannya nak menunjuk apatah lagi nak menagih simpati tapi aku cuma nak berkongsi. Selagi kita mempunyai ayah kat dunia ini kita berbaktilah kepada mereka. Jangan sia-siakan masa yang ada ini. Nanti kalau dia dah tak ada satu hari nanti, jangan menyesal. Dan kepada yang sudah kehilangan ayah, banyak-banyakkan berdoa dan sedekahkan Al-fatihah buat dia semoga dia tenang di sana. Amin.

11 comments:

mayakemboja said...

sabar okay..hope ur dad cepat sembuh..sementara tgh cuti ni jaga dia elok2 k :)

Askrie Hishamuddin said...

thanks mayakemboja :')

tyQa pyQa said...

hope u sabar k..semuga ayah u cepat sembuh...i doa kan yg terbaik untuk dia....^_^

Askrie Hishamuddin said...

thanks tyqa pyqa. :')

Rozuan Ismail said...

sabar k. jika dia baca entri ini,pasti dia taw yang u are a good son. teruskan berbuat baik pada dia.doakan dia panjang umur dan murah rezeki =D


p/s dad is only one.

Innanie | Ariffin said...

saya pun cerita pasal seorang lelaki bernama ayah di blog. jom baca dan share sama cerita!

Innanie | Ariffin said...

http://coklateyes.blogspot.com/2011/12/kepahitan-yang-menginspirasikan.html

alyaa (: said...

mudah-mudahan cepat sembuh . Amin . Doa dari kawan faris ni :)

Askrie Hishamuddin said...

Thanks all! :) sayang korang, appreciate sangat! :)

Ad-Dien said...

Syafakallah ya akhi, moga Allah segera menyembuhkan Ayahmu..amin~

Askrie Hishamuddin said...

thanks ad-dien. amin